Pimpinan tertinggi perlu bebas lontar pandangan ketika Perhimpunan Agung UMNO - Shafie
Hafiz Marzukhi
Disember 5, 2015 08:00 MYT
Disember 5, 2015 08:00 MYT
Pimpinan tertinggi UMNO wajar diberi kebebasan untuk melontarkan pandangan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2015 minggu depan, kata Naib Presiden parti, Datuk Seri Shafie Apdal.
"Saya berharap bukan hanya presiden, tetapi timbalan presiden serta naib presiden boleh berucap kerana itu adalah landasan yang membolehkan pandangan," katanya.
Tegasnya, beliau akan tetap hadir di persidangan tersebut kerana semangat juangnya terhadap parti tidak berubah.
Menngulas penjelasan derma RM2.6 billion oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis, Shafie berkata perlu ada penjelasan selepas keterangan diberikan di Parlimen.
Shafie ditemui ketika Majlis Penyampaian Kunci Rumah PPRT di Pulau Selakan, Semporna.
Sebelum ini, dilaporkan keputusan untuk memberikan slot penggulungan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditentukan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) khas yang akan diadakan pada 9 Dis ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, secara dasarnya sudah cukup seandainya hanya Presiden, Datuk Seri Najib Razak yang memberikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO nanti.