Pilihanraya Sarawak: Proses pengundian awal berjalan lancar

Astro Awani
Mei 3, 2016 10:14 MYT
Kesemua kertas undi itu hanya akan dikira mulai jam 4 petang pada hari pengundian biasa 7 Mei ini. - Foto Astro AWANI / Harits Asyraf Hasnan
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hampir separuh pengundi awal yang layak mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 telahpun menunaikan tanggungjawab mereka.
Setakat jam12 tengahari tadi, sejumlah 49 peratus pengundi awal sudah mengundi.
Ketika ini proses pengundian awal sedang berlangsung di 79 pusat pengundian di seluruh negeri selepas dibuka bermula pukul 8 pagi tadi.
Sehingga kini proses pembuangan undi dilaporkan lancar dan terkawal.
Ia membabitkan 24,604 pemilih terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan masing-masing.
Pusat pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang nanti.
Sementara itu sejumlah 7,050 anggota tentera dan pasangan layak mengundi di Dewan Undangan Negeri Stakan.
Sehingga pukul 10 pagi tadi, kira-kira 21 peratus anggota tentera dan pasangan telah mengundi di Kem Penrissen, Kota Samarahan.
Proses mengundi awal di Sarawak utara, khususnya di Miri, turut dilaporkan berjalan lancar pagi ini.
Di Miri, antara lokasi pengundian awal adalah di Kem Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12.
Antara yang hadir meninjau perjalanan proses pengundian awal adalah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

#SarawakMemilih Pengerusi SPR, DS Hashim Abdullah memantau proses pengundian awal @501Awani pic.twitter.com/KizcbuzNPg

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengerusi SPR, DS Hashim Abdullah meninjau Pusat Pengundian Awal Kem Penrissen @501Awani pic.twitter.com/nO4tSCoGTo

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Panglima T.Darat TS Raja Mohamed Affandi turut meninjau proses pengundian awal di Kem Penrissen @501Awani pic.twitter.com/lX7tVjMXDF

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kesemua kertas undi itu hanya akan dikira mulai jam 4 petang pada hari pengundian biasa 7 Mei ini.

Proses pengundian awal di IPK Kuching utk PRn Sarawak @501Awani pic.twitter.com/Mg8XZBUqgk

— Hafiz Marzukhi (@hafizmarzukhi) May 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#SarawakMemilih 7,050 tentera & pasangan layak mengundi di Kem Penrissen, DUN Stakan @501Awani pic.twitter.com/lSdKtD10ha

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Anggota tentera & pasangan di Kem Penrissen menunaikan tanggungjawab sejak pukul 8pg tadi @501Awani pic.twitter.com/gNLLeJ3FeW

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada PRN kali ini, 1,138, 650 pemilih layak membuang undi Sabtu ini.
PRN-11 menyaksikan perebutan 82 kerusi Dun termasuk 11 kerusi baharu.
Pada hari penamaan calon 25 April lalu, BN menang tanpa bertanding di Bukit Kota melalui penyandang Abdul Rahman Ismail dan kerusi Dun Bukit Sari oleh penyandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
#pengundian awal #pilihan raya Sarawak #PRN-11 #sarawak2016 #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya
;