Pilihanraya Negeri Sarawak ditetapkan pada 7 Mei - SPR
Astro Awani
April 14, 2016 12:13 MYT
April 14, 2016 12:13 MYT
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei sebagai tarikh Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak.
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh itu selepas mengadakan mesyuarat khas di Kuching, hari ini, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 11 April lalu.
Mohd Hashim turut mengumumkan undi awal akan diadakan pada 3 Mei.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari.
Menurutnya, pilihan raya kali ini akan menggunakan daftar pemilih induk 2015 yang dikemas kini pada 10 April 2016.
Seramai 1,138,650 pemilih layak membuang undi kali ini.
SPR memperuntukkan RM135.6 juta bagi perbelanjaan mengurus pilihan raya Sarawak.