Pilihan raya Sarawak 30 April, penamaan calon 18 April - Adenan
Astro Awani
Januari 29, 2016 23:30 MYT
Januari 29, 2016 23:30 MYT
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan pada 30 April ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu turut mengesyorkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon.
Memetik laporan Borneo Post, Adenan berkata tarikh berkenaan bukan sesuatu yang dirahsiakan memandangkan jentera BN Sarawak sudah bersiap sedia berdepan proses demokrasi itu.
Tambah beliau, apa yang penting, jentera BN yang perlu digerakkan ke peringkat akar umbi sejak awal.
Beliau, bagaimanapun, tidak menyatakan bila tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan.
#Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem
#Pilihan Raya Negeri Sarawak
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#tarikh penamaan calon