Pilihan Raya Kecil Jepak: Calon Aspirasi mahu jadi suara warga muda

Bernama
Oktober 24, 2023 06:50 MYT
Calon SAPA Chieng Lea Phing menjawab persoalan ketika sidang akhbar sempena PRK bagi DUN Jepak. - Foto BERNAMA
BINTULU: Calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) dalam pilihan raya kecil (PRK) Jepak Chieng Lea Phing berhasrat untuk menjadi 'suara' yang membawa isu berhubung warga muda di kawasan itu.
Beliau berkata isu seperti pekerjaan, perumahan dan kos sara hidup tinggi akan berada dalam agendanya jika dipilih.
"Sebenarnya belia tiada masa untuk bercakap mengenai politik. Di Bintulu, ada pekerjaan tetapi kos hidup tinggi kerana bandar ini adalah hab minyak dan gas. Taraf hidup di sini antara tertinggi dalam negara," katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, pada Selasa.
PRK Jepak melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Chieng, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang.
Pilihan raya kecil itu yang ditetapkan pada 4 Nov ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi Datuk Talib Zulpilip daripada GPS pada 15 Sept lepas.
Kawasan Dewan Undangan Negeri itu mempunyai 22,804 pemilih berdaftar melibatkan 22,761 pemilih biasa dan 43 anggota polis. .
-- BERNAMA
#PRK Jepak #Parti Aspirasi Rakyat Sarawak #calon Aspirasi #warga muda
;