PH umum 10 tawaran jika menang PRU15
Rahimah Abdullah
November 2, 2022 13:22 MYT
November 2, 2022 13:22 MYT
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) memberi 10 tawaran utama Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memulihkan Malaysia dan membina ekonomi masa depan.
Majlis pelancaran 10 tawaran PH itu diadakan di sebuah hotel di sini pada Rabu.
10 keutamaan tawaran itu akan segera direalisasikan sebaik PH memperoleh mandat daripada rakyat pada PRU15.
"Tawaran itu juga bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh melalui pertumbuhan ekonomi, memulihkan keyakinan umum menerusi pentadbiran beramanah serta menyediakan negara untuk mendepani pelbagai cabaran masa depan," menurut PH dalam satu kenyataan hari ini. Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
Berikut 10 keutamaan tawaran PH:
1. Tangani isu kos sara hidup
2. Perangi Rasuah dan Kukuhkan Institusi Demokrasi
3. Perkasa Peluang Ekonomi Belia dengan Terokai Sektor Manusiawi
4. Selamatkan generasi tercicir dalam pendidikan
5. Bina ketahanan bencana dan mantapkan perlindungan
6. Tangani isu doktor kontrak
7. Hapuskan isu ketaksamaan gender dan memperkasa sosioekonomi wanita
8. Perkasa wilayah Sabah dan Sarawak
9. Tingkatkan daya saing setiap rakyat Malaysia
10. Pelihara khazanah alam demi anak cucu kita