Pakatan Harapan Selangor menjangkakan beberapa kerusi di negeri itu akan berdepan pertandingan berbilang penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.
Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini memandangkan beberapa parti politik iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah menyatakan minat untuk bertanding di beberapa kerusi kawasan bandar.
"Kami jangka pertandingan sehingga lima penjuru di Selangor.
"Kami sudah biasa dengan senario ini kerana kami berdepan pertandingan 15 penjuru pada pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 2009," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran jentera pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini pada Ahad.
Sebelum kajian semula persempadanan, PSM bercadang bertanding di dua kerusi parlimen iaitu Subang dan Hulu Langat serta empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pelabuhan Klang, Semenyih, Kota Damansara dan Sri Muda.
Susulan kajian semula persempadanan yang diluluskan dan diwartakan minggu lepas, Subang dinamakan semula sebagai Sungai Buloh sementara beberapa kerusi DUN dipindahkan dari bawah satu kawasan parlimen ke kawasan parlimen lain.
Sementara itu, pada Sabtu, PRM berkata ia akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN.
Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, berkata tiada siapa menduga PKR yang ditubuhkan pada 1999 boleh bertahan selama 20 tahun sekalipun berdepan pelbagai cabaran.
"Suatu ketika dulu, tiada siapa yang boleh yakin bahawa parti ini boleh 'survive', ada yang keluar kenyataan Keadilan (PKR) hidup enam bulan tapi sekarang sudah 20 tahun.
"Orang yang menyatakan (hal) itu Insya-Allah akan gunakan logo PKR pada PRU14," katanya merujuk kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 08 2018
AZMIN: Kami jangka pertandingan sehingga lima penjuru di Selangor. - Gambar fail
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.