PH catat majoriti tertinggi lebih 30,000

Sinar Harian
Ogos 13, 2023 11:35 MYT
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi barisan tertinggi Kerajaan Perpaduan berucap pada Sesi Keputusan Pilihan Raya Negeri di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam tadi. Gambar BERNAMA
SHAH ALAM : Beberapa calon Pakatan Harapan (PH) mencatatkan kemenangan besar dengan majoriti lebih 30,000 undi selepas keputusan pilihan raya negeri (PRN) diumumkan pada malam Sabtu.
Antaranya di Selangor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze (DAP) yang memperoleh majoriti 51,191 dan calon DUN Bukit Lanjan, Pua Pei Ling (PKR) sebanyak 41,227 serta calon Balakong, Ong Chun Wei (DAP) dengan 37,832
Selain itu DUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki (DAP) mendapat 36,160 majoriti manakala calon Kajang, David Cheong Kian Young (PKR) dengan 34,394 dan Teratai, Yew Jia Haur (DAP) sebanyak 31,933
Di Pulau Pinang, calon DUN Paya Terubong, Wong Hon Wai (DAP) menang dengan 36,802 majoriti dan Paya Terubong, Wong Hon Wai (DAP) sebanyak 36,802.
Keputusan PRN menyaksikan tiada perubahan tampuk kerajaan negeri apabila gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) kekal menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) mempertahankan Kedah, Kelantan serta Terengganu.
Di Pulau Pinang, PH-BN menang 29 daripada 40 kerusi manakala Selangor (34 daripada 56 kerusi) dan Negeri Sembilan (31 daripada 36 kerusi).
Sementara itu di Kedah, PN menang 33 daripada 36 kerusi dan Kelantan (43 daripada 45 kerusi) serta semua 32 kerusi di Terengganu. - Sinar Harian
#PRN #Pakatan Harapan #majoriti lebih #DUN Subang Jaya
;