PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial

Hilmi Malik
Mac 3, 2020 17:56 MYT
PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial. - Gambar fail
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan pada Selasa membantah pihak berkuasa yang dikatakakan telah memulakan siasatan terhadap aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Ambiga Screenevasan serta Fadiah Nadwa Fikri berkaitan perhimpunan pro-demokrasi di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Menurut Pakatan Harapan dalam satu kenyataan mendakwa pihak berkuasa kelihatan telah bertindak bertentangan dengan nilai-nilai yang dipupuk kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini dan ia merupakan satu perkara yang amat dikesali.
Tegas Pakatan Harapan, rakyat Malaysia mempunyai hak demokratik untuk berhimpun dan menyatakan pendirian mereka selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.
Justeru, Pakatan Harapan menggesa agar pihak berkuasa bertindak sewajarnya dengan tidak menjejaskan demokratik rakyat Malaysia selain mengelak timbulnya persepsi yang tidak diingini terhadap ketiga-tiga individu tersebut.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap beberapa individu berhubung penglibatan mereka ketika perhimpunan terbabit.
#Ambiga #Dataran Merdeka #Marina Mahathir #Pakatan Harapan #Perhimpuan Pro-Demokrasi #polis #rakyat Malaysia #siasatan
;