Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Isnin mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan meletakkan jawatan serta-merta sebagai Penyelaras Parlimen Jasin.
Beliau turut menegaskan tidak akan bernaung dan berjuang untuk menobatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kesembilan seperti yang diumumkan PH.
"Keseluruhan bangsa Melayu harus menolak Anwar daripada menjadi pemimpin. Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi.
"Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada presiden dan kepimpinan tertinggi Amanah yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk bertanding di Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.
"Dalam masa terdekat, saya akan berjumpa dengan Presiden Amanah untuk menzahirkan keputusan meletakkan jawatan selaku penyelaras Parlimen Jasin berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Pada Isnin, Majlis Presiden PH komited kepada pendirian asal untuk mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri sekiranya mereka kembali membentuk kerajaan.
Majlis Presiden PH turut memberikan mandat penuh kepada Anwar untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dalam usaha mengembalikan mandat rakyat dan PH sebagai Kerajaan Persekutuan.
Dalam pada itu, Khairuddin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada presiden serta keseluruhan kepimpinan tertinggi Amanah yang telah meluluskan keahliannya untuk menganggotai parti itu sebelum ini.
"Ketika berjuang, platform Amanah telah meninggalkan pelbagai pengalaman manis kerana parti ini amat berdisiplin, ikhlas sesama sahabat dan keseluruhan pemimpinnya baik-baik belaka.
"Secara jujur dan ikhlas, saya amat menyayangi semua kepimpinan tertinggi Amanah khususnya presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota tertinggi parti ini," ujarnya.
Namun tegasnya, keputusan itu dibuat kerana terpaksa berpegang kepada prinsip sama sekali tidak akan bernaung di bawah kepimpinan PH yang kini dipengerusikan Anwar.
"Kini, saya ingin lihat berapa jauh PH boleh pergi di bawah kepimpinan Anwar. Pada hakikatnya, beliau tidak lagi relevan dalam landskap politik negara.
"Rakyat secara total akan mengetahui secara lebih jelas siapa itu Anwar yang sebenarnya," jelasnya.
Dalam masa yang sama, Khairuddin turut menyeru kepada semua pemimpin PH untuk meninggalkan PH secara beramai-ramai.
"PKR sendiri bermasalah dan berpecah di bawah kepimpinan Anwar. Bagaimana dia hendak memimpin gagasan PH yang jauh lebih besar?
"PH akan hancur di bawah kepimpinan Anwar. Jangan bermimpi PH akan mampu untuk memenangi PRU lagi bagi membentuk kerajaan pusat seperti PRU14.
"Ia hanya akan menjadi bahan sejarah semata-mata dan PH akan terkubur buat selama-lamanya dalam sedikit masa lagi," katanya.
Katanya lagi, PH bukan lagi platform yang sesuai untuk berjuang bagi menyelamatkan negara.
Khairuddin sebelum ini pernah meminta Tun Dr Mahathir tidak membuang masa untuk bersama PH kerana Anwar sendiri tidak pernah menunjukkan keikhlasan dengan bekas perdana menteri itu.
Astro Awani
Mon Jul 06 2020

KHAIRUDDIN: PH akan hancur di bawah kepimpinan Anwar. Jangan bermimpi PH akan mampu untuk memenangi PRU lagi bagi membentuk kerajaan pusat seperti PRU14. -Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.

Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.

PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.

Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.

'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.