PH akan beri peruntukan infrastruktur di kawasan pembangkang
Nursyazwani Saiful Sham
Mei 13, 2018 20:01 MYT
Mei 13, 2018 20:01 MYT
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Muhyidin Yassin mahu kepimpinan Pakatan Harapan (PH) bersifat pro-rakyat yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai matlamat utama yang perlu dilaksanakan oleh parti tersebut
Ia susulan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang tidak akan memberi peruntukan kecil kepada pembangunan kepada pada ADUN Barisan Nasional (BN) untuk melindungi PH.
“Sebagai kerajaan yang prihatin dan memahami kehendak rakyat, PH harus mengambil kira kepentingan semua pihak tidak kira jika berlainan ideologi.
“Saya sudah maklumkan kepada MB, untuk perbetulkan kenyataan beliau untuk memberi sokongan dan peruntukan terutamnya dari segi infrastuktur buat pembangkang kerana PH adalah satu parti yang adil.
“Saya mahu tekankan, ini adalah kerajaan baharu dan kami mahu tolong rakyat. Jadi peruntukan akan diberikan untuk pembangunan mana-mana kawasan pembangkang,” katanya ketika ditemui selepas melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabiliti Cheras, pada Ahad.
#Anwar Ibrahim
#Menteri Besar
#Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#Tan Sri Muhyidin Yassin