Mesyuarat perwakilan dan pemilihan UMNO peringkat bahagian dan majlis tertinggi bermula hari ini dengan tumpuan pastinya terarah kepada perebutan jawatan presiden parti itu.
Lima calon sebelum ini telah diumumkan bertanding bagi jawatan nombor satu parti itu termasuk trio utama iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan bekas Ketua Pemuda yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang kurang dikenali ialah anggota UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan anggota UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaluddin, turut dinamakan sebagai calon bagi jawatan itu.
Mesyuarat perwakilan UMNO akan bermula 9 pagi ini serentak di 191 bahagian dengan agenda utama hanya untuk memilih barisan kepimpinan di peringkat bahagian dan majlis tertinggi bagi sesi 2018-2021.
Bagi jawatan timbalan presiden pula, ia bakal menyaksikan persaingan di antara Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Tujuh calon lagi akan bertanding merebut tiga jawatan naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Sheikh Razali Sheikh Hamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ahmad Said.
Seramai 106 calon pula akan bertanding merebut 25 jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi.
Perwakilan pada mesyuarat hari ini juga akan melakukan pengundian bagi memilih barisan kepimpinan peringkat bahagian.
Keputusan pemilihan jawatan tertinggi peringkat pusat dijangka diperoleh dan diumumkan pada sebelah malam oleh Ibu Pejabat UMNO, manakala keputusan peringkat bahagian akan diumumkan Pengerusi Tetap bahagian.
Sebelum ini, beberapa keputusan peringkat bahagian membabitkan jawatan Ketua Bahagian telah diumumkan antaranya termasuk bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan.
Sabtu lepas, UMNO juga telah mengadakan mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. -- Bernama
Bernama
Sat Jun 30 2018
![Perwakilan UMNO pilih presiden, kepimpinan baharu hari ini Perwakilan UMNO pilih presiden, kepimpinan baharu hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51529847639_UMNO.jpg)
Mesyuarat perwakilan UMNO akan bermula 9 pagi ini serentak di 191 bahagian dengan agenda utama hanya untuk memilih barisan kepimpinan di peringkat bahagian dan majlis tertinggi bagi sesi 2018-2021.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721096305_prosespemilihansay.jpg)
UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.
![Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680501975_TBKHALEDNORDIN.jpg)
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
![Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677461069_TBUMNO.jpg)
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
![Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672148225_KetuamenteriJohor.jpg)
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
![Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679487228_TBPILIHUMNO.jpg)
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
![UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673618952_BungMoktarPAU.jpg)
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
![Saya ibarat boneka - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan Saya ibarat boneka - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679309491_TBZulkifliMdIsa.jpg)
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
![Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026 Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669046460_UMNOLogoUMNOBen.jpg)
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
![Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679226492_Nazifuddin.jpg)
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
![Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679224209_TanSriShahrirAbdu.jpg)
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.