Perwakilan Perlis seru rakyat bernaung bawah payung Muafakat Nasional
Sahlizah Mohamed
Disember 6, 2019 18:36 MYT
Disember 6, 2019 18:36 MYT
Perwakilan Perlis mengajak semua rakyat Malaysia bersatu di bawah payung bernama Muafakat Nasional.
Hashim Ismail berharap agar semua rakyat di segenap lapisan masyarakat membina dan menjadikan Muafakat Nasional sebagai payung besar pada masa akan datang.
“Jadi tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Pakatan Harapan. Kita buat kerja sungguh-sungguh.
“Kita ajak semua..ayuh kita berada di bawah satu payung yang bernama Muafakat Nasional.
“Sama-sama kita membina menjadikan Muafakat Nasional sebagai payung besar di masa hadapan untuk menjaga bangsa, agama dan negara,” katanya.
Ismail berkata demikian semasa sesi perbahasan bagi menyokong ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Muafakat Nasional Pemacu Politik Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 di PWTC, pada Jumaat.
Terdahulu, Ahmad Zahid semasa berucap memberitahu, Muafakat Nasional adalah tawaran baharu kepada rakyat dan bakal mencetuskan sejuta potensi yang belum pernah terfikir sebelum ini.
Menurut beliau, melalui piagam itu, impian untuk melihat penyatuan orang Melayu telah tercapai tanpa mengenepikan bangsa lain.
Ahmad Zahid turut melahirkan penghargaan kepada rakyat terutamanya orang Melayu kerana menjadi pencetus Muafakat Nasional.