Perwakilan PAS hari ini menggunakan peluang di pentas muktamar untuk meminta badan tertinggi parti itu membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak jawatan Menteri Besar Selangor.
Perwakilan PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa mencadangkan supaya Muktamar PAS kali ini meluluskan usul khas bagi menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung jawatan Menteri Besar Selangor.
"Saya cadangkan supaya muktamar buat dan luluskan usul tergempar bahawa PAS menolak jawatan menteri besar sebagai menghormati dasar setiakawan dalam Pakatan Rakyat seperti yang dipertegaskan presiden," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini.
Namun, Mohd Khairil Anuar meminta kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP perlu memahami bahawa isu pelantikan Menteri Besar Selangor berada diluar bidang kuasa PAS.
"Apa sahaja keputusan yang datang daripada istana selepas ini bukan atas kehendak PAS.
"Pakatan Rakyat harus menerima keputusan tersebut atas dasar Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara," katanya lagi.
Pendirian yang sama dinyatakan oleh perwakilan Perlis Wan Kharizal Wan Khazim dan perwakilan Pahang, Andasuria Rabu.
Isu Menteri Besar Selangor mendapat perhatian apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk melantik menteri besar yang baharu pada Selasa ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan majlis mengangkat sumpah menteri besar baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang.
Persoalan yang timbul apakah PAS akan menerima jawatan menteri besar jika Sultan Selangor memperkenankan Adun parti itu memegang jawatan tersebut.
Biarpun Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan partinya tetap menolak jawatan tersebut tetapi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semua pihak perlu menerima keputusan Sultan Selangor.
Hari kedua Muktamar PAS juga digunakan perwakilan untuk menegur sikap sesetengah pemimpin yang dilihat tidak lagi selari dengan parti.
Perkara tersebut dibangkitkan perwakilan Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Terengganu.
Irwan Muhammad Zain
Fri Sep 19 2014

Perwakilan mahu muktamar putuskan terima atau tolak MB Selangor
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.