Perwakilan DAP dakwa kerajaan Pulau Pinang gagal bela kaum India

Bernama
November 6, 2016 20:56 MYT
Ada pihak mengatakan bahawa slogan ketelusan yang diperjuangkan kerajaan DAP tidak bermakna. - Foto Astro AWANI
Seorang anggota perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 hari ini membidas pentadbiran kerajaan negeri yang mengabaikan kebajikan kaum India di negeri ini.
Perwakilan Datuk Keramat A. Krishnan mendakwa kedudukan ekonomi dan taraf hidup kaum India di Pulau Pinang semakin merudum selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini.
"Kaum India mengharapkan pembelaan sewajarnya dan menjadikan keadaan kami lebih baik berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun, malangnya sejak 2008, peluang (untuk kaum India) semakin hilang," katanya semasa sesi perbahasan konvensyen itu di sini, hari ini.
Krishnan turut mendakwa slogan ketelusan yang diperjuangkan kerajaan DAP tidak bermakna apabila hanya individu tertentu sahaja yang berkuasa membuat keputusan.
-- BERNAMA
#Barisan Nasional #DAP #hak kaum India #kerajaan pulau pinang #pentadbiran negeri
;