Peruntukan lebih tinggi bukti Kelantan tidak dianaktirikan - PM
Astro Awani
Ogos 10, 2023 14:00 MYT
Ogos 10, 2023 14:00 MYT
KUALA LUMPUR: Peruntukan yang lebih besar diberikan oleh Kerajaan Perpaduan kepada Kelantan membuktikan bahawa negeri itu tidak dianaktirikan.
Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman dalam Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan yang diberikan kepada Kelantan itu lebih tinggi berbanding ketika Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi Kerajaan Persekutuan.
"Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan lebih banyak berbanding ketika Pas dan Bersatu dalam kerajaan sebelum ini.
"Masa jadi kerajaan mereka sibuk hal-hal lain, peruntukan kepada Kelantan kurang berbanding sekarang.
"Jadi bagaimana dia (Syahir) kata dianaktirikan," katanya selepas menyampaikan ucap tama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik pada Khamis.