Pertandingan tiga penjuru PRK Sungai Kandis

Bernama
Julai 21, 2018 10:57 MYT
(Dari kiri) Mohd Zawawi, K. Murthy dan Lokman diumumkan calon sah pada PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos nanti. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.
Ia melibatkan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.
Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad membuat pengumuman itu pada pukul 10.25 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 di sini, hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Penamaan calon PRK Sungai Kandis
PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi menentang calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76). -- Bernama
#Barisan Nasional #BN #K Murthy #Lokman Adam #Pakatan Harapan #pilihan raya kecil #PKR #PRK Sungai Kandis #sungai kandis #UMNO #Zawawi Ahmad Mughni
;