PEMBANGKANG semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini tidak keterlaluan kalau disebut sudah hampir rebah walaupun tarikh pengundian sebenar masih berbaki beberapa hari lagi.
Boleh dilihat pembangkang kali ini sebenarnya sudah dikalahkan lebih awal oleh Team Adenan atau mungkin mereka hanya menjadikan Bumi Kenyalang ini tempat pengujian dan memang sengaja merancang untuk kalah kononnya cubaan sebelum memasuki medan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Faktor kekalahan pembangkang dilihat jelas kerana manifesto yang dibangkitkan Barisan Nasional (BN) lebih mujarab daripada manifesto PKR atau DAP dalam kempen-kempen mereka.
Jelas, manifesto BN Sarawak yang ingin terus memajukan negeri itu setanding atau lebih maju lagi dengan kemajuan di Semenanjung bukan lagi impian semata-mata.
Itu tidak dikira beberapa perkara utama yang dititikberatkan BN untuk menambah baik rangkaian perhubungan di Sarawak -- seperti perhubungan antara bandar, membuka peluang ekonomi melalui hubungan rangkaian, selain menambah baik perhubungan internet di serata negeri.
Bagaimanapun, manifesto pembangkang umumnya lebih berkisar tentang isu-isu nasional seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang tidak ada kena mengena dengan perjuangan negeri untuk rakyat.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem lebih lantang dalam isu-isu yang membabitkan suara serta aspirasi negeri ke peringkat nasional.
Seperti yang diperkatakannya, Sarawak bukan negeri tambahan di Malaysia dan layanan sama harus diberi, dalam usaha tanpa henti bagi menampilkan muka-muka Sarawak untuk diketengahkan di peringkat kerajaan pusat.
Keangkuhan pembangkang
Pengalaman 40 tahun Adenan di dalam politik juga tidak boleh dipertikai sesiapa.
Justeru apabila ada kumpulan anak-anak muda di dalam DAP yang angkuh semasa berkempen seolah-olah mereka dapat melaksanakan segala-galanya, ia sebenarnya tidak membawa apa-apa impak kepada kekuatan BN.
Keangkuhan pembangkang juga sudah mula dikesan semasa PRN kali ini. Kisah kempen mereka yang terlalu jauh dari aspirasi dan menekankan aspek emosi menjadi faktor utama penolakan pengundi di Sarawak.
Ia jelas tanda awal kejatuhan pembangkang apabila ada laporan calon DAP N.13 Batu Kitang Abdul Aziz Isa yang menganggap Adenan serta barisan kepimpinan negeri ini sebagai syaitan.
Abdul Aziz juga tanpa segan silu ketika berceramah di Kota Padawan menyeru pengundi di Sarawak mengundi DAP yang didakwa mampu menghalau syaitan dari negeri ini dan menukar pemerintahan dari BN kepada DAP.
Di sini jelas, pembangkang menggunakan emosinya dan menutur frasa syaitan sebagai kata pelambangan kepada Adenan yang pasti mengguris hati rakyat Sarawak.
Tindakan itu juga sebenarnya keterlaluan oleh DAP sekali gus tidak memikirkan sentimen keharmonian yang jauh berbeza dengan cara politik DAP di semenanjung.
Itu contoh jelas selain tohmahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyerang Adenan dengan berkata, "Sarawak bukan negeri bapa Adenan."
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg segera membalas kenyataan Azmin dengan mengatakan: "Biar saya jawab. Memang Sarawak ini negeri bapa (Adenan), bukan negeri bapa (atau) datuk kau (Azmin)."
Ia rentetan isu keputusan Adenan yang mengehadkan tempoh Azmin berada di negeri itu.
BACA: Tindakan Azmin kritik Adenan Satem tidak bijak - Abang Johari
BACA: PKR persoal tindakan hadkan kehadiran Azmin Ali di Sarawak
BACA: Saya tidak akan 'merayu' untuk terus berada di Sarawak - Azmin
BACA: Adenan sedia timbang lanjut tempoh tinggal Azmin, Lim
Bendera putih
Tindakan veteran DAP, Lim Kit Siang yang awal-awal lagi sudah mengangkat 'bendera putih' kerana kegagalannya membawa kemenangan besar pembangkang di Sarawak juga ada muslihatnya.
Ia politik tamadun yang harus dilihat dari segi penggunaan bahasa yang tidak digemari pengundi zaman ini, nampaknya taktik Kit Siang yang sudah ketandusan modal dan membuat rayuan dengan mengaku akan kalah di Sarawak strategi yang tidak boleh 'jalan'.
Jika dilihat kembali keputusan PRN ke-10, DAP berjaya menakluk 12 kerusi semuanya di bandar manakala tiga kerusi milik PKR merupakan campuran kawasan bandar serta luar bandar.
Percaturan ini konflik DAP dan PKR yang tidak akan selesai kerana hasrat kedua-dua parti yang mahu membawa aspirasi ke luar bandar.
Nampaknya PKR lebih ke depan dalam hal ini.
DAP pula sengaja menguji kemampuan mereka kali ini dengan meletakkan calon di kawasan luar bandar. Ia uji kaji DAP untuk menilai sokongan Melayu kepada mereka selepas memegang dalam tahap maksimum sokongan Cina di kebanyakan bandar besar di Sarawak.
Kerana itu, politik uji kaji PKR dan DAP di kawasan neutral Sarawak banyak mencetuskan kekeliruan selain menuntut penyelesaian politik yang sangat rumit oleh pengundi sendiri.
Kali ini, pertindihan kerusi antara PKR dan DAP dilihat di enam kerusi iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.
BACA: Pilihanraya Sarawak: PKR, DAP bincang isu pertindihan kerusi - Azmin
BACA: Pilihanraya Sarawak: DAP-PKR tidak sekepala bukan cerita baharu - Penganalisis
Parti solo
PRN 2011 membawa gambaran jelas kolaborasi Pakatan Rakyat di mana PKR, DAP dan Pas pada masa itu bergerak di bawah satu payung yang sama.
Situasi itu tidak lagi berulang kali ini apabila pengundi hanya kenal parti DAP, PKR, Pas atau Amanah dengan lambang masing-masing selain menyembunyikan terus apa juga nama Pakatan Harapan atau Pakatan Rakyat yang menjadi kebanggaan mereka satu masa dahulu.
BACA: Pilihan Raya Sarawak: PKR lancar Lima Janji Demi Sarawak
Kepada orang yang pernah melihat adanya pakatan, sudah tentu kali ini mereka mentafsir apa yang berlaku kini tidak memberi apa-apa tanda baik kepada harapan sendiri secara keseluruhannya. Dengan ayat mudah, pakatan ini sudah berkubur di Sarawak.
Mereka kini sudah bernafsi-nafsi, membawa diri, mementingkan diri sendiri, bersendirian dan tidak peduli lagi akan orang lain terutama parti di dalam satu pakatannya.
Pembangkang juga sudah tidak memberi harapan kepada pengundi, ceramah-ceramah mereka walau didakwa mengumpul ribuan hadirin namun tetap cacat apabila tidak menampilkan serta menghimpunkan ikon-ikon daripada parti pakatan lain untuk duduk semeja seperti yang dibuat semasa PRN 2011.
PKR ceramah sendiri-sendiri, DAP ceramah sendiri-sendiri, Pas dan Amanah apatah lagi, semuanya penuh dengan syok sendiri.
*Wan Syamsul Amly adalah wartawan Astro AWANI yang sedang membuat liputan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 ketika ini.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
***Untuk liputan menyeluruh Sarawak Memilih, ikuti kami di saluran berita segenap dimensi 501 Astro AWANI atau layari sahaja astroawani.com
Wan Syamsul Amly
Tue May 03 2016
Perspektif: Pembangkang bernafsi-nafsi di Sarawak. -Gambar fail
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.