PERSPEKTIF: Kuatkan UMNO seperti helang dan kelip-kelip

Wan Syamsul Amly
November 29, 2016 13:18 MYT
Jangan dinafi parti Melayu ini tidak pernah menghadapi sebarang pergolakan atau cabaran yang menjadikan jatuh bangun dalam politik.
Kekuatan UMNO sejak 1946 sehingga tahun ini ada pasang surutnya.
Jangan dinafi parti Melayu ini tidak pernah menghadapi sebarang pergolakan atau cabaran yang menjadikan jatuh bangun persepsi masyarakat terhadap parti ini.
Perhimpunan Agung UMNO seperti tradisinya setiap tahun merupakan hari kebesaran atau hari raya bagi UMNO sendiri. Ia menjadi platform setiap perwakilan melaung semangat dan tambah nilai kekuatan parti untuk dibawa ke kawasan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing selepas tamat perhimpunan seminggu nanti.
Istimewanya, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini menjadi pentas terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka diadakan tahun depan selain pemilihan UMNO yang juga akan diadakan tahun depan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkannya selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tahun lepas memberitahu ia bagi memastikan kemantapan ‎parti pada PRU ke-14 nanti.‎
‎Tambahnya, amalan itu juga dilakukan sama seperti yang dilakukan pada zaman bekas presiden parti sebelum ini‎.
BACA: Jangan pandang rendah pihak lawan - PM Najib
BACA: UMNO perlu punyai motivasi berjuang sebagai parti memimpin negara - PM Najib
UMNO sebenarnya tidak pernah gagal dalam menghadapi cabaran dalaman parti mahupun pembangkang. Katalah apa sahaja isu dari gunting dalam lipatan sehingga musuh dalam selimut, ia diselesaikan tanpa memudaratkan parti malah menjadikan organisasi itu lebih kukuh dalam menghadapi PRU kelak.
Kerana itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Langkawi, Kedah pada 2 September lepas mengibaratkan UMNO sebagai seekor helang yang hidup dalam dua fasa.
BACA: LAPOR LANGSUNG Perhimpunan Agung UMNO 2016
Katanya, fasa pertama helang akan hidup gagah selama 40 tahun sehingga bulu serta paruhnya mula tercabut sebelum mati jika tikda memiliki daya tahan mencukupi.
"Namun jika sebaliknya, bulu dan paruh akan tumbuh semula pada fasa kedua, dan kaki serta kepaknya lebih kembang, sekali gus membolehkan ia terbang lebih jauh, lebih kuat dan lebih bersemangat," jelasnya.
Pastinya helang yang disebut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid itu menjadi platform untuk UMNO terus gagah mendepani apa sahaja cabaran demi mengekalkan UMNO sebagai parti unggul Melayu di negara ini.
Pada saat ini, UMNO yang diibaratkan helang ini harus bekerja lebih keras untuk memastikan masyarakat terus memberi kepercayaan kepada parti pada PRU nanti.
BACA: Perhimpunan Agung 2016 medan penting pacu UMNO hadapi PRU14
BACA: UMNO tidak goyah, kesatuan anggota parti jadi sandaran - Hishammuddin
Sifat-sifat helang yang berusia 70 tahun harus dilihat dari aspek kejayaan yang sudah dikecapi selepas menjalani proses transformasi untuk terus hidup dan menjadi ikon kepada burung-burung lain dalam kehidupan.
Kekuatan helang yang boleh terbang sehingga ketinggian 10,000 kaki selain mendarat di atas tanah dengan pantas tanpa lepa keadaan sekeliling menjadi asas UMNO terus diterima masyarakat.
Jadikan parti seperti seekor helang yang digeruni musuh, sentiasa rajin bekerja dan mempunyai semangat kecekalan tinggi untuk mengatasi kesakitan serta cabaran.
Dalam pada itu, ketika dipetik ucapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mahu ahli UMNO menjadi kelip-kelip seperti dalam ucapannya semasa mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor pada 7 Ogos lepas.
Tegasnya, kelip-kelip hanya serangga kecil yang cahayanya kelihatan dari jauh namun jika ia bersatu dalam jumlah yang besar, cahayanya memancar .
"Sekiranya kelip-kelip itu jumlahnya jutaan atau ratusan ribu, ia menyatukan cahaya," katanya.
Oleh sebab itu Zahid memberitahu, pengajarannya, biar sekecil manapun makhluk yang Allah jadikan, apabila kesatuan dapat diselaras, dapat difikrah dan dapat diambil tindakan.
"Maka, kelip-kelip sekecil itu pun dapat memberi impak besar," ujarnya.
Usaha mencari kekuatan UMNO pada saat kepedihan menghadapi landskap politik akhir-akhir ini menjadi tanggungjawab alli parti sendiri.
Jika ahli sendiri mahu UMNO terus bertapak dan mengemudi keharmonian negara sejak berpuluh tahun, lakukan sebaiknya demi parti.
Jangan pula berbakti demi kepentingan peribadi, demi kantung masing-masing atau mengambil keputusan menjadi api dalam sekam jika terpinggir dan tidak terpilih memegang jawatan dalam parti.
Jika tiada kekuatan untuk bersama dalam kumpulan kelip-kelip, jangan jadi helang tempang tidak mampu terbang lagi.
Jadikan nasihat dalam petikan bait-baik lirik lagu 'Terbang helang' oleh Biduanita, Allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, sebagai pedoman dalam UMNO.
'Usah kau lupa diri, bahawa langit itu tinggi, nanti lemas sendiri ...'
Lagu Terbang helang' oleh Allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, sumber YouTube NSR Malay - New Southern Records Malaysia
#Najib Razak #Perhimpunan Agung UMNO 2016
;