PADA asalnya, fenomena wakil-wakil rakyat UMNO untuk memberi sokongan serta menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin dilihat hanya kebetulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Namun, semakin hari semakin ramai ahli serta pemimpin UMNO yang berpaling dari parti yang dianggap keramat dan merisik untuk menjalin ikatan bersama Bersatu.
Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah dalam nada jenaka sebelum ini menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO yang keluar daripada parti tersebut seperti semut yang mencari gula.
Katanya, keadaan tersebut mungkin disebabkan sikap segelintir pemimpin yang tidak biasa dihimpit kesusahan seperti yang dihadapi pada masa ini.
Rentetan itu, timbul gerakan akar umbi UMNO yang melihat situasi itu sebagai kegagalan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Semenjak beliau mengambil tampuk kepimpinan, tidak nampak sebarang usaha besar untuk menyatukan ahli parti selain perangsang untuk melihat UMNO kembali bangkit selepas insiden kritikal pada PRU14 lalu.
Hasil dari tidak bertindak tegas, UMNO kehilangan Sarawak, Gerakan, lebih setengah daripada pemimpin parti Sabah, ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan yang terakhir di ugut MCA untuk membubarkan Barisan Nasional (BN).
Adakah ini kebetulan atau dirancang supaya exodus (penghijrahan beramai-ramai) pemimpin-pemimpin UMNO keluar dengan hasrat untuk memasuki Bersatu satu cubaan untuk menimbulkan huru-hara?
Suara sumbang
Sudah mula ada suara-suara sumbang dari kalangan ahli-ahli Bersatu yang melihat kemasukkan bekas-bekas ahli UMNO seperti ancaman.
Mereka takut hilang kedudukan serta dipandang sepi oleh pemimpin atasan Bersatu sendiri selepas selama ini malah ada sejak awal sudah mengambil risiko berjuang demi kemenangan parti.
Tambahan, di kalangan Pakatan Harapan (PH) pula, sudah ada suara-suara keras berkumandang terutama dari DAP.
Secara jelas, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai menegaskan, DAP tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana parti komponen PH menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti.
Tegasnya, tindakan menerima Ahli Parlimen UMNO disifatkan sebagai amalan tidak sihat, apatah lagi usia kemenangan PH dalam PRU14 lalu belum menjangkau enam bulan.
Itu tidak termasuk antara lain desakan daripada akar umbi Bersatu Kelantan yang menggesa pucuk kepemimpinan parti supaya tidak menerima wakil rakyat daripada UMNO.
Mereka berpendapat, tidak wajar Bersatu mengambil 'sampah' dari UMNO sewenang-wenangnya sedangkan mereka sebelum ini antara yang menentang dan memperlekeh parti itu.
Huru-hara
Huru-hara terkini yang berlaku dalam gabungan PH di atas tindakan kemungkinan Bersatu mengambil ahli-ahli UMNO sekali gus menguatkan dan mungkin menjadikan Bersatu sebagai parti dengan jumlah kerusi terbesar dalam PH.
Kemasukan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sendiri menimbulkan 1,001 persoalan.
Adakah beliau merupakan 'hantaran' UMNO dengan niat untuk memecah-belahkan PH memandangkan sejarah pahitnya dengan DAP dan sejarah Lim Guan Eng sendiri yang terpaksa dipenjarakan kerana membela peremuan bawah umur yg dikaitkan dengannya?
Individu seperti Rahim seperti kata kebanyakan akar umbi UMNO sebenarnya sudah tidak berharga lagi di dalam parti tetapi penghijrahannya ke Bersatu pula amat berharga untuk UMNO kerana ternyata ia boleh memecah-belahkan keharmonian di dalam PH.
Apakah penghijrahan Rahim itu kebetulan atau sengaja dirancang oleh mereka yang bijaksana di dalam UMNO?
Adakah fenomena keluar beberapa pemimpin UMNO ke dalam PH satu tanda positif atau negatif untuk parti pembangkang kini?
Mestikah UMNO sendiri membuat majlis kesyukuran atau tahlil 'kematian' selepas fasa penghijrahan pemimpin parti ke PH akhir-akhir ini?
Biarlah UMNO dan PH yang menjawabnya ...
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Fri Dec 21 2018

Sudah mula ada suara-suara sumbang dari kalangan ahli-ahli Bersatu yang melihat kemasukkan bekas-bekas ahli UMNO seperti ancaman. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (23 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 24 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPJ keluar notis larangan operasi ke atas 11 bas
Hasil operasi, lebih 500 bas diperiksa di depoh terbabit terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard di samping aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.
Op Selamat 24 bermula 29Mac, hampir 7,000 warga JSPT terlibat
Beliau berkata 25 lokasi ‘hotspot’ atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi ‘blackspot' yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara dikenal pasti.
800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki dalam tempoh dua hari
Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula hari ini.

Mahmoud Abbas tuduh Israel guna air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa
Pelanggaran oleh Israel bukan sahaja melibatkan serangan langsung, tetapi juga tindakan menghentikan perkhidmatan asas secara sengaja.
Dakwaan salah laku: IPD Serdang jalankan siasatan dalaman
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan berkata, ini bagi memastikan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan ketika mengadakan sekatan jalan raya.
Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes ugutan di Facebook
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menghantar mesej berbentuk ugutan kepada seorang individu menerusi pesanan di Facebook, pada Sabtu.
Cubaan seludup syabu lebih RM700,000 gagal, lima ditahan
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata kesemua suspek ditahan berhampiran Pantai Teluk Bayu, dekat Sungai Batu, ketika cuba melarikan diri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.

Ismail Sabri nafi tarik sokongan
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri nafi tarik sokongan, tegaskan kekal bersama Barisan Nasional dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiadaan pimpinan BN di Kongres DAP kerana tidak diundang, bukan boikot - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan bahawa kongres kali ini hanya melibatkan komponen PH, dan ini adalah amalan biasa.

DAP akan bantu BN di PRK DUN Ayer Kuning, dulu mereka tolong kita - Loke
Anthony Loke berkata, ia merupakan amalan biasa bagi setiap gabungan politik yang membentuk Kerajaan Persekutuan.

Kesemua calon disenarai pendek BN punyai kekuatan tersendiri - Mohamad Hasan
Enam calon termasuk calon muda disenarai pendek untuk mewakili BN pada PRK DUN Ayer Kuning.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.