Persempadanan semula tidak untungkan BN, perlu atur strategi baharu - Penganalisis

Mariah Ahmad
September 29, 2016 08:00 MYT
BN perlu mengatur strategi baharu untuk berdepan dengan perubahan yang mungkin berlaku menerusi persempadanan semula. - Foto BERNAMA
Barisan Nasional bakal menimpak besar sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula.
Menurut Penganalisis Politik, Prof Madya Ismail Sualman, BN perlu mengatur strategi baharu untuk berdepan perubahan yang mungkin berlaku menerusi persempadanan semula bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14.
Jelasnya lagi, persempadanan semula ini tidak menguntungkan BN.
"Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh mana-mana parti politik sekarang yang mahu membantah, boleh melakukannya sehingga 16 Oktober.
"Namun dalam masa sama juga, saya fikir mana-mana parti politik perlu menggunakan pendekatan ataupun strategi-strategi baru apabila wujud persempadanan semula ini," tambahnya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Khamis.
BACA: Gerakan bantah usul pelaksanaan persempadanan semula pilihan raya - Mah
BACA: 'BN tubuh jawatankuasa bincang persempadanan semula' - PM Najib
Mana-mana parti politik perlu menggunakan strategi baru apabila wujud persempadanan semula ini
Ismail juga berkata apa yang dilakukan oleh SPR adalah berdasarkan kepentingan-kepentingan umum, bukan kepentingan politik.
"Itu sebabnya apabila satu-satu kawasan yang dahulunya kawasan lapang dan tidak mempunyai penduduk tetapi dalam masa 10 tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi satu kawasan pembandaran yang begitu rancak.
"Sebagai contoh kalau kita lihat di kawasan-kawasan di Puncak Alam atau Setia Alam Selangor yang dahulunya kawasan ladang kelapa sawit, sekarang ia menjadi kawasan pembandaran dan mempunyai penduduk."
Beliau juga berharap, mana-mana parti politk yang melakukan bantahan, perlulah pendekatan-pendekatan yang berunsurkan demokrasi dan bukan sekadar menuding jari, seolah-olah perlaksanaan SPRM ini adalah untuk menguntungkan BN.
Minggu lepas, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.
Semua pihak diberi masa sebulan sehingga 14 Oktober untuk mengemukakan bantahan masing-masing.
Persempadanan semula SPR
#Barisan Nasional #BN #Ismail Sualman #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya