Cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat atas faktor tertentu dan bukan untuk memberi kelebihan kepada mana-mana parti politik.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata berdasarkan pengalaman lalu, SPR melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya disebabkan faktor yang telah diambil kira termasuk geopolitik, komposisi kaum dan lain-lain hal pentadbiran.
Malah, katanya, semua parti politik termasuk UMNO boleh mengemukakan bantahan terhadap cadangan berkenaan.
"Oleh itu, apa-apa yang memberi kelebihan kepada UMNO mungkin "secara kebetulan sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini pada Jumaat.
Beliau berkata menilai persempadanan semula sama ada memberi keuntungan atau kerugian kepada sesetengah parti politik adalah prejudis kerana undi di satu-satu kawasan dipengaruhi oleh sikap pengundi, calon dan lain-lain.
Katanya setiap parti politik dan individu mempunyai pandangan tersendiri dan SPR perlu mengambil kira pandangan berkenaan.
"Kami telah memutuskan bahawa semua ketua perhubungan negeri menyelaras dan mengemukakan pandangan berhubung cadangan SPR itu. Sebagai parti politik, kami dibenarkan di bawah undang-undang untuk memberi pandangan," katanya.
Mengulas mengenai cadangan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik semalam, Annuar berkata telah tiba masanya akta tersebut digubal.
Menurutnya, ia bagi memastikan dana yang diterima oleh parti politik datang dari saluran sah dan tidak mendatangkan keraguan pada mana-mana pihak.
Katanya sumbangan dari luar boleh dibenarkan asalkan ia datang dari sumber sah dan tidak memudaratkan dan oleh itu, semua pihak termasuk pembangkang perlu menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila ia diluluskan nanti.
"Jika sumber itu tidak terkawal ia mungkin boleh menyebabkan urusan dalaman politik boleh diganggu dan ia tidak boleh dibenarkan, tetapi jika ia datang dari sumber yang sah bagi saya secara peribadi, ia boleh dicadangkan," katanya.
Bernama
Fri Sep 30 2016
![Persempadanan semula bukan untuk beri kelebihan mana-mana parti - Annuar Persempadanan semula bukan untuk beri kelebihan mana-mana parti - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463652072_AnnuarMusa.jpg)
Annuar: Semua parti politik termasuk UMNO boleh mengemukakan bantahan terhadap cadangan berkenaan. - Gambar fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Pemimpin parti politik akan diberi taklimat mengenai Akta Sumbangan Politik - Paul Low Pemimpin parti politik akan diberi taklimat mengenai Akta Sumbangan Politik - Paul Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439554960_PaulLowSengKuan.jpg)
Pemimpin parti politik akan diberi taklimat mengenai Akta Sumbangan Politik - Paul Low
Pemimpin politik akan diberi taklimat mengenai cadangan pembentukan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat.