Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengecam kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang ingin mengubah sempadan pilihan raya dengan tujuan untuk menguntungkan masyarakat Melayu dan Islam. Kenyataan ini jelas menunjukkan niat beliau untuk melukis sempadan dengan pembahagian tidak sekata (malapportionment) dan Gerimander (Gerrymandering) bagi memenangkan parti beliau dalam pilihan raya.
BERSIH 2.0 menegaskan bahawa persempadanan yang berat sebelah (gerrymandering) adalah pengkhianatan kepada demokrasi. Dalam demokrasi, pengundi memilih ahli politik, maka ahli politik mesti menjaga rakyat dan bekerja kuat kalau tidak ingin dibuang kerja. Dengan gerrymandering, ahli politik memilih pengundinya, memastikan bahawa penyokongnya mendominasi banyak kawasan sungguhpun sokongan rakyat telah menurun, dengan itu ahli politik tidak takut dibuang kerja dan tidak perlu menjaga rakyat dan bekerja kuat.
BERSIH 2.0 menolak sekeras-kerasnya pembohongan bahawa penipuan dalam persempadanan boleh menguntungkan orang Melayu kerana ia dapat menjamin kuasa politik orang Melayu. Hakikatnya, orang Melayu memang mendominasi politik Malaysia tetapi mereka hanya berkuasa jika mereka boleh memilih mana-mana parti secara bebas. Sekiranya ada parti-parti tertentu dijamin kemenangan sekalipun mereka ditolak rakyat yang majoritinya Melayu, maka orang Melayulah pihak yang rugi paling banyak.
BERSIH 2.0 mengingatkan bahawa etnik Melayu mendominasi 70% daripada 20 kawasan parlimen terbesar di Semenanjung Malaysia pada PRU14. Ini akibat pertumbuhan populasi orang Melayu dan penghijrahan mereka ke bandar. Maka, pembahagian kawasan yang tidak sekata sebenarnya cuma merugikan orang Melayu. Dengan pertambahan 8 juta pengundi baru pada Julai 2021, lebih ramai orang Melayu yang akan menjadi mangsa kepada penipuan dalam persempadanan.
BERSIH 2.0 ingin menjelaskan bahawa daripada segi kumpulan umur, mangsa paling besar daripada pembahagian tidak sekata yang melampau ialah anak muda, kerana mereka tertumpu di kawasan kota yang kawasan-kawasan pilihan rayanya padat dengan pengundi. Apabila Undi18 dilaksanakan, ramai anak muda akan hampa apabila mendapati nilai undi mereka jauh kurang daripada datuk dan nenek mereka di kampung. Ada unjuran bahawa jumlah pengundi di Bangi mungkin melambung kepada sekitar 400,000 manakala kawasan- kawasan seperti Cameron Highlands, Gerik dan Sabak Bernam mungkin di sekitar 50,000 sahaja.
BERSIH 2.0 menggesa PAS yang berslogankan Islam, pulang ke pangkal jalan dengan mencontohi teladan beramanah Khalifah Umar Abdul Aziz pada zaman Bani Umaiyah yang enggan mengambil kesempatan semasa melaksanakan amanah rakyat. Beliau memadamkan pelita kerajaan selepas membaca dokumen kerajaan dan memasang pelita peribadi untuk membaca dokumen peribadi. Parti pemerintah yang menyalahgunakan kuasa untuk memenangi pilihan raya dengan tipu muslihat bagaikan burung pegar yang makan padi dan menghampakan harapan rakyat.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya mempunyai peraturan yang jelas sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 113(2) dan Seksyen 2(c) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Menurut peruntukan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajib untuk memastikan bahawa jumlah pengundi di kawasan pilihan raya adalah “lebih kurang sama banyak” dan mengurangkan pembahagian tidak sekata (malapportionment). Sempadan pilihan raya yang dilukis sekarang sudah agak teruk dengan isu Gerimander dan pembahagian tidak sekata dengan wujudnya kawasan pilihan raya yang terlalu besar dengan nisbah antara parlimen terbesar kepada parlimen terkecil melebihi empat kali ganda.
BERSIH 2.0 ingin mengingatkan Datuk Dr Khairuddin bahawa PAS pada suatu masa dahulu pernah menentang kuat isu Gerimander sehingga menghantar wakil untuk membantah persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR pada tahun 2016 (3). Adalah tidak wajar Datuk Dr Khairuddin ingin mengulangi semula amalan lapuk dan kotor yang pernah ditentang PAS suatu ketika dahulu. Apatah lagi persempadanan yang dilukis berdasarkan etnik tertentu adalah tidak bermoral dan tidak membantu memupuk semangat kebangsaan di Malaysia.
Untuk persempadanan semula yang akan datang, BERSIH 2.0 ingin menggesa SPR supaya memperbaiki pembahagian tidak sekata di dalam negeri (interstate malapportionment) yang bertambah teruk kesan daripada persempadanan semula pada tahun 2016. Malah negeri-negeri yang majoriti Melayu seperti Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu juga menerima kesan buruk daripada pembahagian tidak sekata antara saiz parlimen terbesar dan parlimen terkecil, melebihi 33.33% sisihan piawai yang dibenarkan. Sebagai contoh, nisbah kawasan parlimen terbesar dan terkecil di Kedah adalah 2.7, Kelantan 2.4 dan Perak 3.4. Pembahagian tidak sekata melanggar prinsip “satu orang, satu undi” dan ini memberi kesan terhadap perwakilan rakyat di kawasan-kawasan yang telah dibahagikan secara tidak sekata.
BERSIH 2.0 memandang serius kenyataan Datuk Dr Khairuddin sebagai berniat jahat untuk mengubah sempadan demi memenangkan parti politik tertentu dan bukanlah niat untuk memastikan pengundi betul-betul diwakilkan secara saksama oleh wakil rakyat. Perdana Menteri (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional perlu menolak kenyataan oleh Datuk Dr Khairuddin. BERSIH 2.0 juga menggesa pihak SPR untuk menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini kerana hal ini menyangkut tanggungjawab SPR sebagaimana yang dikehendaki oleh Perkara 113(2).
BERSIH 2.0 menyeru semua rakyat Malaysia tak kira kaum, agama dan pandangan politik sama-sama menolak dan mengecam kenyataan Datuk Dr Khairuddin yang berniat jahat untuk mengubah sempadan dan merompak demokrasi daripada rakyat.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0
Kenyataan Media
Wed Mar 24 2021
Persempadanan semula kawasan pilihan raya mempunyai peraturan yang jelas sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 113(2) dan Seksyen 2(c) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Kapitalisme tanpa kawalan mesti berakhir - PM Anwar
Kapitalisme yang tidak terkawal mesti berakhir, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Pengerusi Eksekutif WEF, Klaus Schwab ketika menjawab apa yang menjadikan seorang pemimpin politik berjaya.
#AWANInews #WEF25
#AWANInews #WEF25
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Feb.
Abg Yahya rangkul emas kedua pada Boling Para Dunia di Hong Kong
Pemain boling para kebangsaan Abg Yahya Abg Azhar mencuri tumpuan dengan meraih pingat emas kedua dalam Kejohanan Boling Dunia Para IBF 2025 di Hong Kong.
JKN Perak rampas steroid anabolik, produk kosmetik bernilai RM2.06 juta
Operasi berkenaan dijalankan terhadap enam premis di sekitar Perak dan dipercayai ia dijadikan sebagai stor simpanan bagi semua produk tidak sah itu.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.
WEF 2025: Sesi Perdana Menteri bersama Pengerusi Eksekutif WEF
Ikuti sesi perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Sedunia (WEF) Prof Klaus Schwab.
Pempengaruh Malaysia ke ASEAN live creators anjuran Tiktok
Dua pencipta kandungan dari Malaysia berjaya ke program ASEAN Live Creators for Change anjuran Yayasan ASEAN dan TikTok.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Semua negara anggota disaran guna zon waktu seragam
Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 kerana ini dapat menyatukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
PRN Sarawak: 666,000 anak muda tidak dapat mengundi
Ini kerana pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran secara automatik dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.
PRN Melaka: Elak 'episod katak', gubal enakmen antilompat parti - Bersih 2.0
Calon PRN Melaka wajar berikrar untuk menggubal enakmen mengawal lompat parti dan akauntabiliti politik sebagai manifesto mereka, bagi memastikan tidak berlaku 'episod katak' selepas PRN.
Cadangan Ahmad Maslan: Perbaiki sistem bukan menghukum rakyat - Bersih 2.0
Bersih 2.0 berkata, biarpun untuk menggalakkan rakyat turun mengundi, ia adalah tidak selari dengan prinsip kebebasan memilih oleh rakyat.
Reformasi Parlimen: Lantik Yang di-Pertua, Timbalan dengan semangat rentas parti - Bersih 2.0
Ia tidak harus dilihat sebagai monopoli parti-parti dalam kerajaan, lebih-lebih lagi untuk menunjukkan kekuasaan terhadap pembangkang.
Jadikan undi lebih mudah dan selamat - Pengerusi Bersih 2.0
andemik COVID-19 yang merebak sejak dua tahun lepas sekaligus telah menyekat dan menyukarkan hak mengundi dan akses kepada pengundian.
Kempen Pilihan Raya Pecat sasar kembalikan hak sepenuhnya kepada rakyat
Pilihan Raya Pecat imbang kekuatan yang diberi pengundi kepada pemimpin dengan cara kembalikan dan beri mereka kuasa untuk pecat mana-mana pemimpin.
Perlu ada akta larang wakil rakyat jadi pengerusi GLC/ GLIC - Bersih 2.0
Bersih 2.0 berkata, Akta GLC baharu harus digubal untuk mengawal proses pelantikan pengerusi atau presiden badan tersebut.
Persempadanan: Patuhi perlembagaan dan prinsip kesaksamaan - Bersih 2.0
Bersih 2.0 sifatkan kenyataan Khairuddin menunjukkan niat untuk melukis sempadan dengan pembahagian tidak sekata bagi memenangkan parti beliau.
Madius Tangau cabar Anwar tubuhkan Kabinet bayangan
Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pihak pembangkang tidak boleh lagi melengahkan masa dan perlu bertindak pantas sebelum terlambat.
"Hulur bantuan waktu berkempen tak salah" - Muhyiddin
Tiada salahnya Pakatan Harapan umum bantuan kepada rakyat, walaupun sewaktu dalam tempoh berkempen