Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mahu sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita dari Barisan Nasional (BN) layak bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Jelasnya, prestasi golongan wanita yang amat berkelayakan dan memberangsangkan dapat membantu memberi kemenangan kepada BN.
Katanya, antara cabaran ketika ini adalah untuk mengenalpasti kawasan untuk bertanding pada peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.
“Kita ada wanita berkelayakan, tetapi mereka tidak mahu menonjolkan diri. Jika kita lihat hari ini, Wanita UMNO terdiri daripada ramai yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman.
“Tetapi, mereka mungkin tidak cukup bersemangat dalam meminta tempat untuk bertanding dan saya sebagai Ketua Wanita, saya mesti berani bersuara untuk minta sekurang-kurangnya 30 peratus ini.
“Saya tahu perjuangan ini tidak mudah, tetapi saya tidak akan putus asa,” kata Shahrizat selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong di Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau juga menegaskan Wanita UMNO perlu terus berada dalam keadaan siap siaga dan memperkemas gerak kerja Jalinan Rakyat dan Jalinan Rakyat Plus untuk menghadapi PRU14.
Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang merasmikan majlis tersebut dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Dania Zainuddin
Sat Jul 08 2017
Hishammuddin dan Shahrizat menyerahkan sijil penghargaan kepada veteran Wanita UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong 2017 malam tadi. --fotoBERNAMA
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Jun 2024.
Warga Kuwait mengundi dalam Pilihan Raya Parlimen
Kira-kira 834,733 pemilih layak mengundi pada Khamis untuk memilih 50 penggubal undang-undang di Dewan Nasional.
PRN: Dua misi berbeza calon wanita gabungan Kerajaan Perpaduan di Kedah
Wan Mohalina dan Sabrina Ahmad letak kepentingan rakyat sebagai teras perjuangan sebagai calon PRN.
Amanah sasar lima calon wanita menang PRN kali ini
Lima daripada tujuh calon wanita daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipertaruh bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu depan dilihat berpotensi menang.
PRU15: 32 daripada 127 calon wanita menang kerusi Parlimen, 15 kerusi DUN
Daripada keseluruhan 127 calon Parlimen, 16 adalah dari PH, lima GPS, tujuh PN, tiga BN dan satu Warisan.
PRU15: Jangan rendahkan martabat calon Wanita - Suraya Yaacob
Dalam keseronokan menyampaikan ceramah dan ucapan, pemimpin parti politik diingatkan supaya tidak merendahkan-rendahkan kaum wanita yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: Sasaran 30 peratus calon wanita masih jauh untuk digapai
Penyertaan wanita dalam proses politik merupakan sesuatu yang harus diambil berat oleh parti dan kerajaan.
PRU15: Permintaan BN letak 30 peratus calon wanita bukan ikut emosi - Sabariah
Permintaan Wanita UMNO untuk meletakkan 30 peratus calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan keputusan mengikut emosi, kata Datuk Sabariah Saidan.
PRU15: Misi berbeza dua calon wanita di Kedah
PRU-15 bakal menyaksikan 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.
PRU15: Dah la cantik, berkarisma ... boleh menang tak?
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan ramai muka baharu dipertaruhkan parti-parti politik selain yang memilih untuk bertanding atas tiket Bebas.