Perkecilkan jemaah kabinet kerajaan - MAPIM

Kenyataan Media
Ogos 20, 2021 21:43 MYT
MAPIM menuntut supaya jemaah kabinet yang bakal dibentuk hendaklah diperkecilkan dan kecekapan dan ketelusan dipertingkatkan. - Gambar fail
KAMI menuntut supaya jemaah kabinet yang bakal dibentuk hendaklah diperkecilkan dan kecekapan dan ketelusan dipertingkatkan.
Kerajaan yang bersifat dan melambangkan penglibatan rentas politik dan rentas professionalisme perlu diujudkan.
Kami menegaskan kerajaan perlu memastikan kedudukan GLC perlu dipimpin oleh ahli professional bebas politik. GLC tidak harus menjadi agensi yang dijadikan alat untuk memberi habuan kepada penyokong politik.
Pentadbiran kerajaan yang baharu mesti mengutamakan merit kepakaran. Pelbagai jawatan perlu diisi dengan golongan yang berwibawa bukan oleh ahli politik untuk mengekalkan sokongan.
Sebuah Majlis Pemulihan Negara yang bebas politik perlu diujudkan. Mereka yang dilibatkan mesti memilikki kredibiliti, integriti dan keahlian dalam pelbagai bidang seperti kesihatan ekonomi, undang-undang, sosio- budaya, sains dan teknologi .
Kami juga menggesa agar sistem Demokrasi Berparlimen mesti dipelihara dan berfungsi sepenuhnya. Kami menolak jika kerajaan mencabuli proses parlimen seperti yang berlaku oleh kerajaan yang lalu.
Tumpuan untuk menangani pandemik COVID-19 dan kesan ekonomi perlu melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang. Polisi yang konsisten dan menepati matlamat dan sasaran perlu dirangka dengan segera.

* Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden MAPIM
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
#jemaah kabinet #menteri #MAPIM #rentas politk #rentas politik #Perdana Menteri #ismail sabri yaakob
;