Tindakan ‘serang-menyerang’ termasuk kritikan yang dilontarkan daripada seorang pemimpin terhadap pemimpin yang lain adalah satu perkara biasa dalam Pakatan Rakyat (PR).
Menurut bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang, dalam PR perkara sebegini dianggap perkara biasa yang boleh dibawa berbincang secara bersama.
Namun tegasnya yang menjadi masalah berpanjangan apabila ada pimpinan yang tidak mahu duduk berbincang dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.
“Bila ada masalah kita bincang. Soalannya sekarang bila ada pihak tidak mahu berbincang itu yang jadi gaduh.”
“Jadi dalam pakatan (PR) ini yang kita tahu ada pimpinan yang tidak mahu berbincang, tidak mahu hadir perbincangan, maka datanglah masalah itu.
“Kita ini sebuah parti politik yang bergerak bukan statik. Kita kena ada kebijaksanaan dalam kepimpinan itu tapi kalau seorang sahaja bijak yang lain tidak bijak, tidak guna juga. Kalau tiga pimpinan, tiga-tiga pemimpin kena bijak. Benda ni timbul saya rasa kalau ada niat nak bersama Pakatan kekal semua boleh diatasi,” tambah Ahmad Awang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah isu-isu semasa di sini malam tadi yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu.
Tambah beliau sepatutnya dalam pakatan sesuatu isu perlu dibawa berbincang dan pimpinan perlu menghadirkan diri untuk menyelesaikan isu yang berbangkit.
Katanya semasa awal penubuhan Pakatan di Perak dahulu, timbul pelbagai masalah termasuk perkara berbangkit mengenai jawatan Timbalan Menteri Besar Perak dan sebagainya yang dibangkitkan oleh DAP.
Namun bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ini berkata kesemua perkara ini dapat diselesaikan dalam bentuk perbincangan.
Berhubung kedudukan PAS dalam PR beliau menjelaskan perkara tersebut akan ditentukan dalam Muktamar PAS.
Namun tegasnya muktamar yang terdahulu telah memutuskan PAS kekal dalam Pakatan dan keputusan itu kekal hingga saat ini.
Jika ada cadangan yang dilontarkan ianya mungkin bersifat cadangan peribadi dan bertentangan dengan keputusan muktamar sebelum ini jelas beliau.
Katanya jika PAS ingin maju dan berjaya, PAS perlu kekal dalam PR kerana PAS tidak berupaya membentuk kerajaan secara sendirian tanpa sokongan rakan dalam PR.
Ahmad Awang merupakan calon yang akan mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Pemilihan PAS Jun depan.
Muhafandi Muhamad
Sat May 30 2015
![Perkara biasa 'serang menyerang' dalam PR - Ahmad Awang Perkara biasa 'serang menyerang' dalam PR - Ahmad Awang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/61431584960_295x200.jpg)
Menurut bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang (gambar), dalam PR perkara sebegini di anggap perkara biasa yang boleh dibawa berbincang secara bersama. - Gambar Fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Perpecahan umat Islam merunsingkan - Tokoh Maal Hijrah Perak Perpecahan umat Islam merunsingkan - Tokoh Maal Hijrah Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536654020_LAT.jpg)
Perpecahan umat Islam merunsingkan - Tokoh Maal Hijrah Perak
Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 1400H, Ahmad Awang menyifatkan perpecahan di kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia sekarang ini sebagai merunsingkan.
![UMNO dan Pas lebih baik tidak bersatu - Zuhdi UMNO dan Pas lebih baik tidak bersatu - Zuhdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527220625_ZuhdiMarsuki.jpg)
UMNO dan Pas lebih baik tidak bersatu - Zuhdi
Pas memerlukan UMNO menjadi pembangkang yang kuat di Kelantan dan Terengganu.
![Fungsi JAKIM disemak semula - PM Fungsi JAKIM disemak semula - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41527662375_CheDet.jpg)
Fungsi JAKIM disemak semula - PM
Satu kumpulan akan ditubuhkan bagi membincangkan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di negara ini.
![PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/71385108668_295x200.jpg)
PAS Bukit Gelugor tolak Abdul Hadi, calonkan bekas naib presiden
PAS kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.