Perjumpaan 191 bahagian UMNO bersama Zahid. Apa intipati perjumpaan?
Fareez Azman
Januari 5, 2021 12:08 MYT
Januari 5, 2021 12:08 MYT
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan mesyuarat khas bersama Ketua-Ketua Bahagian UMNO.
Mesyuarat yang bermula jam 11.15 pagi tadi itu diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Ibu negara itu dan dijangka melibatkan 191 Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara.
Antara yang dijangka dibincangkan adalah hala tuju parti itu terutamanya mengenai kerjasama UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Antara pemimpin yang hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selain Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Mohd Puad. Zarkashi dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan 143 daripada 191 bahagian UMNO menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
BERITA LANJUT MENYUSUL