Perjalanan politik Ahmad Zahid
Astro Awani
Julai 28, 2015 23:30 MYT
Julai 28, 2015 23:30 MYT
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1986.
Beliau menjadi ahli parlimen setelah memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh pada 1995 dan dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1996.
Setelah memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh selama tiga penggal berturut-turut, Ahmad Zahid dilantik sebagai timbalan menteri perlancongan pada 2004.
Beliau mengekalkan kedudukan di Bagan Datoh selepas Piliharaya Umum ke-12 pada 2008.
Ahmad Zahid seterusnya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada 2009.
Selepas Piliharaya Umum ke-13 pada 2013, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.