Perhimpunan Agung UMNO ditangguh ke Januari tahun depan
Astro Awani
Disember 5, 2022 00:38 MYT
Disember 5, 2022 00:38 MYT
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang pada mulanya dijadual berlangsung pada Disember tahun ini, ditangguhkan ke awal Januari tahun hadapan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan, tarikh baharu tersebut ialah 11 hingga 14 Januari 2023.
"Oleh kerana 21 hingga 24 Disember (adalah) waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka Perhimpunan Agung UMNO adalah ditangguh," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Isnin malam.
Selain itu, beliau turut memaklumkan, notis PAU 2022 juga akan dihantar secara rasmi tidak lama lagi.