Perhimpunan Agung UMNO 2015: Tun M dijemput hadir - Ahmad Zahid

Astro Awani
November 28, 2015 03:42 MYT
AHMAD ZAHID: Majoriti ahli UMNO masih menghargai Dr Mahathir (gambar) tetapi ada garis antara menghormati dan menerima pendapatnya. - Gambar Fail
Bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk menghadiri majlis pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sebalik dakwaan mantan perdana menteri itu wujudnya usaha untuk menutup mulutnya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap Dr Mahathir akan menghadiri majlis itu kerana ahli parti masih menghormati beliau.
"Saya amat yakin surat jemputan akan keluar tidak lama lagi tetapi sama ada beliau menerimanya atau tidak, terpulang kepada beliau untuk memutuskannya.
"Majoriti ahli UMNO masih menghargai beliau tetapi ada garis antara menghormati dan menerima pendapatnya. Ia dua perkara berbeza," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Star yang disiarkan pada Sabtu.
Perhimpunan Agung UMNO 2015 dijangka berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 8 Dis ke 12.
#Dr Mahathir Mohamad #Perhimpunan Agung UMNO 2015 #PWTC #The Star