KUALA LUMPUR:Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu ketiga yang diadakan semalam telah menentukan hala tuju parti untuk mengukuhkan peranan dan penglibatan dalam Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata perhimpunan itu juga membuktikan kesediaan kepimpinan parti untuk memperkasakan kerjasama politik antara parti-parti sekutu PN seperti Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Bersatu mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan bersejarah semalam. Parti yakin bahawa dasar-dasar yang telah dipersetujui dalam PAT ke-3 bakal meniupkan roh perjuangan yang segar dalam kalangan ahli-ahli untuk terus istiqamah dalam agenda membela agama, bangsa dan tanah air," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bersatu semalam mengadakan PAT ke-3 yang dilangsungkan secara maya dari lokasi yang ditetapkan mengikut negeri-negeri dan dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan negara berhadapan ancaman pandemik COVID-19.
Hamzah berkata PAT itu disertai 502 perwakilan dari semua peringkat, dan penganjuran perhimpunan tetap diteruskan bagi memenuhi tuntutan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan perlembagaan Bersatu.
Beliau berkata bagi PAT ke-3, sebanyak 171 bahagian serta 2,579 cawangan telah bersidang dan mengikut rekod, jumlah keahlian semasa parti ialah 508,725 orang berbanding 222,980 ahli ketika PAT ke-2.
Hamzah berkata selain meluluskan usul-usul yang menyentuh aspek ekonomi, pendidikan dan sosial, perwakilan telah sebulat suara meluluskan cadangan pindaan perlembagaan yang dibentangkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.
"Ini termasuklah pindaan perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap baharu ahli bersekutu.
"Pindaan perlembagaan tersebut bakal mengukuhkan lagi struktur organisasi dan kekuatan akar umbi Bersatu di semua peringkat, selain membuktikan keterbukaan dan keterangkuman parti meliputi aspek keahlian mahupun dasar parti," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020

Hamzah berkata, perwakilan telah sebulat suara meluluskan cadangan pindaan perlembagaan yang dibentangkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan. - screengrab Facebook / Parti Pribumi BERSATU
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.