Pergolakan politik Sabah: Shafie Apdal umum ada sokongan ADUN?

Assim Hassan
Januari 5, 2023 09:26 MYT
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka mengadakan sidang media petang ini dipercayai untuk mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka mengadakan sidang media petang ini dipercayai untuk mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.
Dalam jemputan media, sidang media itu dijangka diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.
Setakat ini, kerajaan Sabah dipimpin Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.
Warisan mempunyai 19 ADUN di Sabah dan dipercayai mendapat sokongan ADUN Barisan Nasional (BN).
Astro AWANI sedang memantau perkembangan ini dari masa ke semasa.
#Shafie Apdal #Politik Sabah #ADUN #Warisan