Perdana Menteri hadir ke persidangan hari pertama DUN Johor
Astro Awani
Ogos 12, 2021 11:40 MYT
Ogos 12, 2021 11:40 MYT
ISKANDAR PERTAMA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, tiba pada jam 9.30 pagi.
Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), kelihatan duduk sebaris dengan dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Osman Sapian (BERSATU-Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (BERSATU-Bukit Kepong).
Muhyiddin merupakan Menteri Besar Johor ke-13 dari tahun 1986 sehingga 1995 selepas memenangi kerusi DUN Bukit Serampang.
Kerajaan Johor diterajui Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai 29 kerusi berbanding blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) dengan 27 kerusi.