Program pemukiman kepimpinan UMNO di kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu perlu dipercepatkan agar jentera UMNO lebih bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata program itu penting agar jentera UMNO lebih bersedia dengan pelaksanaan ketika ini, semasa pembubaran DUN, sepanjang tempoh kempen dan pada hari pengundian, bagi memastikan kemenangan UMNO di Terengganu.
"Setakat ini, hampir 30 peratus daripada 32 DUN selesai mengadakan pemukiman kepimpinan UMNO itu dan sebagai Exco Komunikasi dan Multimedia, saya berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
"Ini kerana PRU-14 boleh berlaku bila-bila masa dan ia tidak akan menunggu kita. Lebih cepat dibuat lebih bagus, kerana persediaan rapi juga mampu memberi kemenangan di satu-satu kawasan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pemukiman Pergerakan Wanita UMNO, Agensi Transformasi Rakyat serta kepimpinan masyarakat DUN Ajil di Pulau Kapas, di sini pada Sabtu.
Pemukiman disertai 90 peserta itu bertujuan memantapkan persediaan mereka untuk menggerakkan jentera pilihan raya pada PRU-14 dan menambah majoriti undi di DUN Ajil.
Ghazali berkata dalam program itu, turut ditekankan betapa pentingnya untuk jentera UMNO bertindak lebih pantas dalam menyebarkan maklumat menggunakan media sosial seperti blog dan Facebook bagi menangkis tohmahan pembangkang.
"Pada masa sama, publisiti melalui media arus perdana juga sangat diperlukan dan semua aktiviti yang dijalankan akan memberi motivasi kepada kepimpinan untuk melakukan yang terbaik dalam membela kebajikan rakyat di kawasan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2017

GHAZALI: Setakat ini, hampir 30 peratus daripada 32 DUN selesai mengadakan pemukiman kepimpinan UMNO itu dan sebagai Exco Komunikasi dan Multimedia, saya berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. -Gambar fail

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.

Terengganu, Selatan Thailand kerjasama banteras sijil nikah palsu
Ramai pasangan suami isteri tidak memikirkan kesan negatif di sebalik perbuatan mereka.