Perancangan strategik Pakatan Harapan 'senjata' ketika berhadapan 'musuh politik'

Nuradilla Noorazam
November 12, 2016 15:45 MYT
Tegas Anthony, perancangan strategik Pakatan Harapan adalah 'senjata' yang patut digunakan ketika berhadapan 'musuh politik'. - Foto Facebook
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata sudah tiba masanya bagi segala perbincangan antara pemimpin komponen Pakatan Harapan tidak dibocorkan kepada pihak luar.
"Kita lihat ada pihak yang mampu menyimpan perancangan mereka selama enam bulan.
"Kita pula? Enam hari pun masih belum tentu boleh simpan," kata Loke.
Tegasnya, perancangan strategik Pakatan Harapan adalah 'senjata' yang patut digunakan ketika berhadapan 'musuh politik'.
Beliau berkata demikian ketika sesi pidato dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di IDEAL Convention Centre di Shah Alam.
Selain beliau, turut memberi ucapan adalah Setiausaha Agung Parti Amanah Anuar Tahir dan PKR Rafizi Ramli.
Selain mereka, pemimpin-pemimpin kanan parti-parti komponen dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
#Anthony Loke #DAP #Setiausaha Organisasi DAP
;