Penubuhan NGO masih dalam peringkat perancangan - Saifuddin

Bernama
Jun 19, 2015 00:00 MYT
SAIFUDDIN: Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan sekarang ialah kita masih dalam peringkat perancangan. Kami sedang berbual dengan rakan-rakan dan berharap melancarkan badan ini tidak lama lagi. - Gambar fail
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah berkata penubuhan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) masih dalam peringkat perancangan sahaja.
Beliau berkata belum ada lagi keputusan dan kenyataan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak semalam, adalah jelas bahawa beliau (Nazir) ada berbual dengan beberapa orang mengenai rancangan itu.
"Ia berlaku begitu dan saya juga termasuk saya...ada pemikiran bahawa kami mahu membentuk NGO baharu bagi menangani beberapa situasi sosiopolitik dan ekonomi di negara ini.
"Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan sekarang ialah kita masih dalam peringkat perancangan. Kami sedang berbual dengan rakan-rakan dan berharap melancarkan badan ini tidak lama lagi," katanya pada sidang media, di sini Khamis.
Semalam, Nizar menafikan laporan bahawa beliau akan menubuhkan sebuah parti politik baharu dan sebaliknya hanya idea selepas berbual dengan rakan sealiran pemikiran untuk menubuhkan NGO itu.
Ditanya sama ada akan berlaku pertindihan, Saifuddin, yang juga bekas timbalan Menteri Pendidikan, berkata GMM adalah kumpulan pemikir milik kerajaan manakala NGO yang dirancang itu adalah bebas.
#GMM #Nazir Razak #Saifuddin Abdullah