"Penubuhan kerajaan baharu Perak akan berjalan lancar"- Faizal Azumu

Astro Awani
Disember 4, 2020 12:20 MYT
Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini. - Gambar fail BERNAMA
IPOH: Adun Chenderiang yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjanjikan peralihan kuasa Menteri Besar akan berjalan lancar.
Beliau yang akur dengan kekalahannya apabila usul undi percaya diundi secara belah bahagi di Dewan
Undangan Negeri Perak pagi Jumaat berkata, peralihan kerajaan baharu akan lancar demi kebaikan rakyat.
"Saya berbangga berkhidmat kepada negeri dan menunjung kasih kepada Sultan Perak atas kesempatan menabur bakti kepada baginda," katanya.
Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.
Dalam undian itu, sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.
Serentak dengan keputusan itu, Ahmad Faizal akan berundur daripada jawatannya sebagai Menteri Besar.
BACA: Undi percaya DUN Perak: MB Faizal Azumu gagal peroleh sokongan majoriti
#kerajaan Perak tumbang #krisis politik Perak #politik #Perak #Menteri Besar #Ahmad Faizal Azumu #Perikatan Nasional #Pakatan Harapan #Bersatu #Dewan Undangan Negeri
;