Peningkatan kes COVID-19: Mesyuarat Umno bahagian seluruh negara ditangguh

Bernama
Oktober 1, 2020 21:19 MYT
Ahmad berkata, beliau diarah oleh Ahmad Zahid untuk memaklumkan perkara tersebut. - Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Semua mesyuarat dan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian UMNO seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 27 Sept hingga 15 Nov depan ditangguh serta-merta berikutan peningkatan kes COVID-19.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau telah diarah oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memaklumkan perkara tersebut.
"Ini disebabkan kes COVID-19 yang mencecah 260 (kes) hari ini, kedua tertinggi sejak penularan.
"Kita tidak boleh mengambil risiko dan kita tidak mahu UMNO dipersalahkan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mesyuarat itu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
#Zahid Hamidi #Ahmad Maslan #UMNO #presiden #pemuda #Puteri #koronavirus
;