Penggantian Setiausaha Agung BN akan disahkan dalam Dewan Tertinggi BN - Shahril

Fareez Azman
Januari 6, 2021 00:45 MYT
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengambil maklum mengenai penggantian itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penggantian Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) akan disahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.
Demikian jelas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Ujarnya, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengambil maklum mengenai penggantian individu menjawat jawatan itu.
"Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha Agung BN yang digalas semula secara tradisinya oleh Setiausaha Agung UMNO.
"Perkara ini sudah mendapat persetujuan lisan Presiden-Presiden Parti Komponen (BN) dan akan diabsahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat," jelasnya dalam kenyataan itu.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perlantikan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu mengantikan Tan Sri Annuar Musa pada Selasa.
#UMNO #mkt #ketua penerangan #Shahril Hamdan #pertukaran #jawatan #Setiausaha Agung #BN #Barisan Nasional #diabsahkan
;