Pengganti jawatan Pengerusi Bersatu Johor akan diumumkan dalam tempoh terdekat
Astro Awani
April 28, 2019 20:42 MYT
April 28, 2019 20:42 MYT
Pengganti jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, yang disandang bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian akan diumumkan dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Media Bersatu Johor, Solihan Badri kepada pemberita pada Ahad.
Tambah Solihin, keputusan sudah dibuat tetapi hanya belum diumumkan secara rasmi.
"Kita setuju (dengan keputusan) Pengerusi Muhyiddin dan akur mengenai pelantikan itu. Dia terima surat itu tapi Tan Sri tak umumkan siapa... saya rasa sebelum pemilihan parti, sebenarnya lepas Hari Raya.
"Kita harap dapatkan selesaikan dengan baik sebab ia penting untuk perjalanan parti dan kerajaan. Hubungan parti dengan kerajaan sangat penting.
#Muhyiddin Yassin
#Muhyiddin Yassin lepaskan jawatan Pengerusi Bersatu Johor
#Pengarah Media Bersatu Johor
#Pengrusi Bersatu Johor
#Solihan Badri