Pengerusi tetap UMNO Gelang Patah isytihar keluar parti

Astro Awani
September 10, 2016 05:46 MYT
Baharom membuat pengumuman tersebut di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Gelang Patah ke-22 pagi tadi. - Sumber foto Facebook Baharom Abdul Ghani
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengisytiharkan keluar parti semasa berucap mempengerusikan mesyuarat UMNO bahagian itu, pagi tadi.
Bekas Ketua UMNO bahagian itu berbuat demikian berikutan sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.
Selepas membuat pengumuman itu, beliau meninggalkan mesyuarat itu.
Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohamad Khairi A.Malik ketika diminta mengulas berkata ia adalah satu tindakan yang diluar jangkaan kerana Baharom pernah memaklumkan akan terus berjuang dalam parti.
Bagaimanapun ujarnya, tindakan Baharom itu tidak menjejaskan mesyuarat yang mana ia diteruskan rakyat jadi pada kira keluarnya beliau dari parti UMNO nampak jelas sangat tidak jejas parti pada bahagian kerana bila keluar tadi perwakilan masih kekal di tempat masing-masing dan teruskan persidangan,” kata Mohamad Khairi ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.
Baharom adalah antara individu yang menubuhkan UMNO bahagian Gelang Patah pada 1994 ketika menjadi ketua penaja.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kupang pada 1995 hingga 2004
#Baharom Abdul Ghani #Gelang Patah #UMNO