Penduduk Kuala Kangsar perlu menolak calon bebas, Syed Rosli Harman Syed Jamalullail yang menawarkan diri untuk bertanding di PRK Kuala Kangsar kerana disyaki mempunyai agendanya yang tersendiri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, masyarakat seharusnya menolak calon tersebut kerana dia tidak menyatakan matlamat sebenarnya bertanding dalam pilihan raya itu.
Jelasnya, matlamat calon tersebut untuk bertanding harus dipersoalkan kerana seseorang yang bertanding haruslah tidak bersifat peribadi dan disebabkan protes semata-mata.
"Dia tidak wajar disokong rakyat Kuala Kangsar kerana yang nak dilipih nanti merupakan wakil kita. Beliau yang akan bawa suara kita ke Parlimen.
"Calon-calon seperti ini dia berjuang untuk apa, dia bertanding untuk apa? Adakah dia benar-benar boleh berkhidmat untuk rakyat? Saya rasa tidak," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian kepada selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Ibu Tunggal Kuala Kangsar, di Dewan Jubli di sini pada malam Selasa.
Dalam perkembangan lain, Shamsul Anuar menempelak kenyataan Datuk Hamidah Osman yang mengatakan PRK Kuala Kangsar pelik kerana calon BN tidak keluar berkempen.
Tegasnya, Hamidah sepatutnya mengkaji sejarah sebelum mengeluarkan kenyataan kerana perkara tersebut bukanlah baru dalam arena politik di Malaysia.
Mengulas lanjut, isu tidak keluar berkempen bukanlah isu besar kerana pembangkang juga pernah melakukan perkara sama namun tidak pula menjadi masalah.
"Kenapa pelik bila BN buat tapi bila parti lain buat tak pelik pula? Agama tidak melarang malah ia juga telah mendapat pandangan daripada Mufti Perak.
"Saya rasa pandangan Datuk Hamidah itu tidak tepat dan tidak tahu sejarah. Beliau sepatutnya kena kaji dulu perkara ini.
"Yang pernah bertanding tetapi tidak hadir itu datang dari kalangan orang yang dia sokong sekarang ini. Sepatutnya dia kaji dulu dan tengok pada orang yang dia sokong sekarang," ujarnya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Jun 01 2016
Shamsul Anuar mempertikaikan perjuangan yang dibawa oleh calon bebas dalam PRK Kuala Kangsar. - Gambar fail
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.