Pendirian UMNO Sabah junjung mandat rakyat - Hajiji
Nickyson Nyambar
Julai 8, 2021 18:33 MYT
Julai 8, 2021 18:33 MYT
KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor menghargai pendirian Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang konsisten dengan komitmen untuk terus bersama dengan Kerajaan GRS ketika ini.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan terbuka turut menzahirkan komitmen padu daripada semua barisan kepimpinan GRS dalam menjunjung mandat rakyat yang telah memilih gabungan itu dalam memegang tampuk pentadbiran negeri.
“Atas sebab itu, keutamaan kita adalah menjaga nasib dan masa depan rakyat serta negeri.
“Cabaran di hadapan kita adalah untuk menangani isu kesihatan, keselamatan dan ekonomi susulan pandemik COVID-19,” Kata Hajiji.
Jelas Hajiji, perjuangan untuk bersama rakyat harus diterjemahkan dengan kerjasama daripada semua pemimpin untuk membawa Sabah keluar dari permasalahan yang dihadapi ketika ini.
Hajiji hargai pendirian Bung kekal bersama GRS
#Pengerusi GRS
#Datuk Seri Hajiji Noor
#Pengerusi UMNO Sabah
#Datuk Seri Bung Moktar Radin
#mandat rakyat
#Pandemik COVID-19