Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata cadangan Kerajaan Negeri untuk menambah kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini termasuk di kawasan Parlimen Kinabatangan akan memudahkan penyaluran pembangunan.
Beliau berkata Kinabatangan mempunyai kawasan muka bumi yang luas daripada Pahang dan sudah tentu sukar bagi beliau dan juga wakil rakyat yang lain memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang.
"Jadi, dengan adanya penambahan kerusi DUN yang dicadangkan iaitu DUN Bukit Garam oleh Kerajaan Negeri kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi saya ianya amat bersesuaian dan dengan ini dapatlah kita membangun masyarakat luar bandar yang selama ini jauh ketingggalan jika dibandingkan dengan kawasan yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Terdapat dua DUN dalam Parlimen Kinabatangan iaitu Sukau dan Kuamut.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional Kinabatangan berkata penambahan satu lagi DUN bersesuaian dengan keadaan seperti yang diminta oleh masyarakat di Kinabatangan.
Menurutnya terdapat hampir 6,000 pengundi bagi di zon Bukit Garam pada pilihan raya yang lepas dan jumlah itu dijangka meningkat.
Katanya hampir 25,000 pengundi terdapat di Parlimen Kinabatangan dan selepas pilihan raya lepas, Umno Kinabatangan menerusi biro keahlian dan pendaftaran pengundi telah menjelajah dari kampung ke kampung bagi membawa SPR untuk membuat pendaftaran kepada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Bung Moktar berkata anggota Umno Bahagian Kinabatangan mempunyai kira-kira 4,000 orang yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Bernama
Fri Mar 20 2015
BUNG MOKHTAR: Penambahan DUN di Sabah mudahkan penyaluran pembangunan rakyat - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 5 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (4 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
2026 musim terakhir Grand Prix Belanda
Lanjutan setahun dipersetujui dengan promoter tempatan untuk 2026, dengan perlumbaan di Zandvoort akan diadakan dalam format pecut buat kali pertama.
Gangguan loji janakuasa, Cuba bergelap
Loji janakuasa Cuba yang usang, melalui krisis paling teruk tahun ini apabila import minyak dari Venezuela, Rusia dan Mexico berkurangan, menjadi faktor kepada gangguan bekalan elektrik di negara itu selama dua bulan.
Pelajar universiti berarak selepas tamat latihan ketenteraan
Penunjuk perasaan, kebanyakannya penyokong Houthi, mengadakan protes mingguan di Sanaa sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza.
Menteri Pertahanan Korea letak jawatan
Kim Yong Hyun membuat keputusan demikian berikutan pengisytiharan darurat tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol yang mengejutkan dan bersifat sementara.
Sentiasa waspada, cuaca tidak menentu - Nik Nazmi
Orang ramai dinasihatkan supaya berada sentiasa berwaspada berikutan cuaca tidak menentu ketika ini. Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan cuaca yang signifikan dalam beberapa hari akan datang.
Pertukaran guru: KPM sedia pertimbang kurangkan tempoh permohonan - Fadhlina
Fadhlina berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan kementerian itu.
Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM – Fadhlina
Fadhlina berkata kehadiran keseluruhan adalah 99 peratus setakat Selasa, menunjukkan kelancaran Ops Payung.
Sabah tak pernah keluarkan lesen melombong-Hajiji Noor
Kerajaan Sabah tidak pernah mengeluarkan lesen melombong (mining lease) kepada mana-mana pihak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, bahawa dakwaan lesen itu diberikan adalah tidak benar sama sekali.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, bahawa dakwaan lesen itu diberikan adalah tidak benar sama sekali.
UMNO Sabah terus pertahan kerajaan GRS - Bung Mokhtar
Jelas Bung Mokhtar,sebarang pergolakan politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak akan memberi kesan kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan Sabah.
Calon sayap Srikandi Bersatu bakal bertanding dalam PRN Sabah - Rina Harun
Ketua Srikandi parti Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun akan memastikan bahawa calon daripada Srikandi akan diturunkan pada PRN Sabah nanti.
Politik Sabah: Bung Mokhtar umum kerusi ditandingi UMNO hari ini
PRN Sabah pada kali ini menyaksikan 73 kerusi akan dipertandingkan berbanding 60 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Bung Mokhtar timang anak perempuan
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menimang cahaya mata perempuan pada Jumaat.
Tiada jaminan ahli UMNO tidak lompat parti - Bung Mokhtar
Bung Moktar sifatkan pengunduran Zahid bukan jaminan ahli UMNO untuk tidak lompat parti.
Gagal minta MP Jelutong mohon maaf, MP pembangkang keluar dewan
Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas desakan agar Ahli Parlimen Jelutong memohon maaf kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands kerana Datuk Sivarrajh dilarang memasuki dewan.
Zizie Izette dapat 'anugerah' lagi
Selepas melahirkan kembar pada bulan Disember tahun lalu, Zizie Izette kini sudah hamil hampir lima bulan dengan anugerah baru. Alhamdulillah!
Zizie Izette hamil lagi selepas 5 bulan melahirkan anak kembar
Pelakon Datin Seri Zizie Izette umum kini sedang hamil tiga bulan.
Dialog Bung Mokhtar jadi muzik remix pula ...?
Kreatif dan lucu! Petikan perkataan yang dilontarkan seseorang juga boleh dijadikan sumber karya dalam penghasilan sebuah muzik rupanya.
Zizie Ezette, Bung Moktar timang bayi kembar lelaki
Bayi kembar lelaki itu dilahirkan Zizie di Pusat Perubatan Prince Court, masing-masing pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi.