Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan menghalang ahlinya untuk menyertai Perhimpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran PAS, yang akan diadakan Sabtu ini.
Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata ia merupakan keputusan dan pendirian Pemuda UMNO terhadap perhimpunan yang akan diadakan di Padang Merbok dan telah mendapat kelulusan pihak polis itu.
"Kita tidak boleh menghalang sesiapa pun dari menyertai perhimpunan itu. Itu pendirian dan keputusan kita," katanya selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi.
Khairul Azwan berkata beliau secara peribadi juga akan menyertai perhimpunan berkenaan jika berkesempatan.
Dijangka sebanyak 200,000 orang hadir ke perhimpunan yang bertemakan 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera' itu.
Pada 24 Nov lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.
Dalam perkembangan lain, Khairul Azwan berkata Pemuda UMNO mengalu-alukan keputusan Kabinet hari ini yang akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
"Ini satu langkah awal yang baik. Namun saya harap tiada sebarang spekulasi sehingga pasukan petugas khas ini selesai menjalankan siasatannya," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 15 2017
Khairul Azwan berkata beliau secara peribadi juga akan menyertai perhimpunan berkenaan jika berkesempatan. - Gambar fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
HDC terus usaha kukuhkan kerjasama dengan Jepun bagi inisiatif perdagangan halal
Osaka muncul sebagai pusat strategik utama bagi usaha kolaboratif ini disebabkan potensinya yang besar kepada pembangunan industri halal.
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia dan UAE raih kedudukan teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global tahun ke-10 berturut-turut
Rancakkan lagi ekosistem halal negara, kekalkan Malaysia sebagai peneraju global
Usaha bersama antara kementerian dan agensi berkaitan mesti dilakukan bagi meningkatkan lagi usaha merancakkan ekosistem halal negara.
Diplomasi Halal, pendigitalan proses pensijilan halal kukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama industri
Malaysia mempunyai potensi yang cukup luas dalam industri yang dianggarkan bernilai AS$3 trilion.
Pemilihan UMNO: Azwan Bro menang Ketua Bahagian Pasir Salak, tewaskan anak Tajuddin
Khairul Azwan menang tipis dengan menewaskan pencabarnya, Dr Faizal Tajuddin yang merupakan anak sulung bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
UMNO: Azwan Bro tawar diri bertanding Ahli MT, Ketua Bahagian Pasir Salak
Khairul Azwan bersama pasukannya menggelarkan diri mereka pasukan 'Memperkasa Pasir Salak'.
PRU15: Tiada perpecahan di Pasir Salak, hubungan Azwan-Tajuddin seperti biasa
Hubungan Datuk Khairul Azwan Harun dan penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjelang PRU15 masih baik.
MDV sasar perluas produk ke peringkat global
MDV sedang merancang untuk memperluaskan produk Venture Finance dan bekerjasama dengan agensi di peringkat serantau dan global.
Latheefa patut letak jawatan - Azwan Bro
Khairul Azwan turut menyeru semua ahli-ahli Parlimen untuk merujuk Latheefa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen kerana telah merosakkan kredibiliti dan nama baik SPRM.
Tiada subjek baharu mengenai demokrasi - Teo
Sebaliknya, kurikulum dan silibus sedia ada akan ditambah baik termasuk menyemak semula kandungan buku teks dan peperiksaan bagi menjadikan belia lebih celik sistem demokrasi negara.