Pemimpin UMNO terlampau memikirkan diri sendiri - Ku Li

Nickyson Nyambar
Januari 4, 2021 06:46 MYT
Tegas Tengku Razaleigh Hamzah, segelintir ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO terlampau memberi tumpuan kepada isu perebutan jawatan sehinggakan menutup pintu untuk peluang baharu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Pemimpin UMNO dilihat terlampau memikirkan diri sehingga tidak membuka peluang untuk orang lain terlibat dalam memegang jawatan dalam barisan kepimpinan negara khasnya kepada golongan muda.
Menurut Ku Li atau Tengku Razaleigh Hamzah, sifat eksklusiviti ini tidak seharusnya digarap kerana ianya akan menutup peluang untuk sebarang pembaharuan.
“Nampaknya, UMNO ini terlalu eksklusif. Banyak pemimpin dalam UMNO hanya memikirkan untuk diri mereka.
“Maaf kerana menyentuh hal ini. Ini bukan pendapat saya seorang. Malah orang luar juga berpendapat begitu,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Astro AWANI pada Isnin.
'
Pemimpin UMNO terlampau memikirkan diri sendiri'
Tambahnya, sikap mementingkan diri ini berlaku atas beberapa sebab. Antaranya, melibatkan perebutan jawatan dalam kalangan ahli.
“Semua ingin menjadi menteri, semua ingin menjadi orang kanan. (Mereka) Tidak mahu buka peluang kepada orang lain.
“Ekslusiviti ini bukan sahaja untuk tempat, peranan tetapi juga kebendaan.
Materialistic gain yang mereka berebut-rebut, terkejar-kejar, inilah perkara yang dipandang rendah oleh masyarakat umum,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Perspektif, Astro AWANI pada Isnin.
#Ahli Parlimen Gua Musang #UMNO #Tengku Razaleigh Hamzah #politik #Perlembagaan #COVID19 #eksklusiviti
;