Pemimpin Pas tidak bercita-cita jadi Perdana Menteri
Bernama
Februari 24, 2019 10:20 MYT
Februari 24, 2019 10:20 MYT
Pas tidak pernah bercita-cita mahu melantik pemimpinnya untuk menjadi Perdana Menteri dan sedar mengenai kemampuan parti itu memenangi sebarang pilihan raya umum, kata Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata parti itu hanya ada 18 kerusi sahaja di Parlimen justeru tidak logik pemimpin Pas membawa usul undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen.
"Tentulah orang yang nak bawa usul (undi tak percaya) ini orang yang nak jadi Perdana Menteri. Takkanlah kita yang ada 18 kerusi ini nak buat undi tak percaya kat Perdana Menteri.
"Kita ada maklumat dan (sebelum ini) kita pun tak cakap siapa-siapa (yang nak bentang usul undi tak percaya di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Revisit Kota Bharu 2019 di Dataran Ilmu di sini, Sabtu malam.
Baru-baru ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan menyatakan sokongan parti itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
-- BERNAMA
#Abdul Hadi Awang
#kemampuan parti
#Mahathir Mohamad
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Parlimen
#PAS
#pemimpin
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#Semenyih
#sokongan parti
#undi tidak percaya