"Pemimpin kalau tidak boleh laksana tugas, letak jawatan" - Perwakilan AMK
Hafiz Marzukhi
Mei 20, 2017 13:55 MYT
Mei 20, 2017 13:55 MYT
Seorang perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menyelar sesetengah pemimpin sayap itu kerana dikatakan gagal untuk menyelesaikan permasalahan dalam pergerakan tersebut.
Perwakilan Melaka, Naqiuddin Nazrin mengatakan sekiranya pemimpin terbabit gagal untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi, lebih baik sekiranya tanggungjawab tersebut diberi kepada orang lain.
"AMK dipandang lembik, lemah.
"Kita senyap lesu apabila diserang. Isu anak muda kita lambat jawab.
"Pesan saya kepada pemimpin teratas AMK, kalau tidak mampu galas tanggungjawab, tunggu apa lagi, letak jawatan beri orang lain," kata Naqiuddin ketika membahaskan ucapan dasar Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad sempena Kongres Nasional AMK yang berlangsung di Pusat Konvensyen IDCC di sini hari ini.
Kongres Tahunan Nasional AMK dan Wanita berlangsung hari ini di dua tempat berbeza.