Pemimpin, akar umbi UMNO harus perkukuhkan saf - Zahid

Muhafandi Muhamad
Ogos 9, 2015 09:21 MYT
AHMAD ZAHID: Saya tahu siapa yang memanipulasi isu tetapi tidak berhajat untuk menunding jari. -Gambar fail
Pemimpin dan akar umbi parti diseru memperkukuhkan saf dan merapatkan jurang dalam pada dilanda kemelut yang mampu menggugat kestabilan parti.
Seruan itu dibuat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa agar kemelut berkenaan, sama ada berupa serangan dari dalam dan luar parti atau anasir luar, dilihat sebagai ancaman yang boleh memecahkan perpaduan parti.
Jelasnya, dalam situasi seperti ini ia tidak boleh dianggap sebagai krisis tetapi suatu kemelut yang datang dalam hayat politik.
"Saya tahu siapa yang faham, siapa yang tidak faham, dan siapa yang memanipulasi isu tetapi tidak berhajat untuk menunding jari kepada individu atau sesuatu kumpulan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Aidilfitri dan Mesyuarat UMNO Bahagian Tanah Merah, pada Sabtu.
Ujarnya lagi, setiap perkara dan isu itu harus diselesaikan di semua peringkat bermula dari akar umbi yang mana jika tidak diselesaikan mereka akan terpengaruh dengan sebaran di media sosial.
#jurang #kemelut #kestabilan parti #perkukuh saf #UMNO #Zahid Hamidi
;