KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin melakar sejarah peribadi dalam karier politiknya apabila memenangi jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026.
Pada masa sama, beliau turut mengekalkan jawatan Ketua UMNO bahagian Maran untuk penggal kedua.
"Terima kasih kepada lebih 180,000 perwakilan seluruh negara. Terima Kasih kepada sahabat yg tidak kenal erti penat dan lelah membantu.
"Terima kasih kepada perwakilan UMNO bahagian Maran kerana masih memberi kepercayaan kepada saya.
“Tahniah kepada yang telah menawarkan untuk bertanding kerana dapat melalui proses pemilihan dengan penuh kematangan. Menang atau kalah itu adat pertandingan. Apa yang penting ialah kita masih dalam rumpun keluarga yang sama.
“Mohon maaf kepada semua kerana pastinya ada yang tersilap dari sudut percakapan dan perbuatan saya. Together we move forward bersama-sama dengan Presiden dan Timbalan Presiden untuk memperkukuhkan parti keramat ini,” tulisnya di Facebook miliknya.
Menerusi laman Facebook UMNO Online yang bersiaran secara langsung, Shahaniza merupakan satu-satunya calon wanita yang berada dalam kedudukan 10 daripada 25 terbaik apabila mendapat lebih 100 undi bahagian.
Shahaniza merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Pahang namun tewas sebagai calon Ahli Parlimen Maran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 tahun lalu.
Beliau merupakan bekas Ketua Puteri UMNO Pahang yang pertama sehingga 2004 dan pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO di awal penubuhan sayap parti itu.
Pada Pemilihan UMNO 2023 ini seramai 95 calon menawarkan diri bertanding bagi jawatan MKT di mana tujuh calon adalah wanita.
Selain Shahaniza, turut bertanding adalah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Rosni Sohar, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Zahida Zarik Khan, Datuk Mastura Mohd Yazid dan Julie Sabran.
Astro Awani
Sun Mar 19 2023
Shahaniza Shamsuddin melakar sejarah peribadi dalam karier politiknya apabila memenangi jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026. - Foto Facebook Shahaniza
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
[TERKINI] Konflik Gaza: A.S akan ambil alih gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.